Selamat Menyambut Aidil Adha...


















image:
http://profhariz.com/wp-content/uploads/2010/11/AidilAdha.jpg






SIBUK..BUSY..MASYGUL...

Salam semua. Dah berapa lama ye blog ni tak terusik? Hehe.. Lama jugak la ye.. Berbulan bulan rasanya.

Mm, kat kesempatan yang ada ni, nak la tenyeh sikit-sikit kat blog aku ni. Barang kebiasannya kalau dah lama tak berusik, tak rosak pun, paling kurang berabuk. Harap-harap blog aku ni tak la sampai tahap macam tu ye. Hehe.

Ha, nak cerita sibuk pasal kerja ni kan. Ada ke kerja kita ni makin lama makin kurang. Setau aku la, kerja ni makin lama makin banyak. Kalau ada kerja yang makin lama makin kurang, tolong bagitau la k.

Untuk bulan November 2011 ni, banyak tul kerja yang nak kena bagi komitmen yang tinggi. Start naik cuti Deepavali ari tu, hari Selasa lepas, budak-budak periksa akhir tahun. So, kalau dah budak-budak periksa ni, faham-faham je lah ye. Nak menanda tu yang pening nye. Ada 400++ set kertas periksa budak yang nak kena tanda. Adoi mak, pening nya. Ada sape-sape yang nak tolong tanda?













(ada sampai tahap macam ni ke aku? hehe)

Keduanya, Selasa - Khamis depan (8.11.2011 - 10.11.2011), budak-budak nak pulang buku teks. So, disebabkan aku che' gu SPBT yang macho kan, kena la aku uruskan semua tu. Aku harap sangat tak de sebarang masalah yang timbul. Doakan aku la ye.

Ketiganya, Rabu ni gak nak kena hantar e-pelaporan j-QAF Oktober nye. Ni lagi la pening. Kerjanya tak susah, tapi agak leceh sikit. Tapi kena korban sikit la tidur tu.. Kena tidur paling awal pukul dua. Sok nye, mesti.... HUUUUUUUAAAAAHHHH....

Keempatnya, Sabtu ni (12.11.2011) ada Kem Literasi Al-Quran peringkat Zon aku. Sekolah aku pulak kena jadi tuan rumah. Lagi sekali kena all out untuk program ni. Adoi, rasa tak bermaya tul la nak hadapi bulan November ni. Cepat le November pergi...















gambar diambil dari:

http://photo-dict.faqs.org/photofiles/list/6511/8582headache.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhejYMrx3HrOYMHBSB8el6uWJC-rIyPDNaC4d4Q045ALWBMcSdnnEYVtxRmaBCv19sI8orKgGADVqEV31npBEDSMNqpxHICPoGTK43luepAiWaunpezAObOchkKI51x6VuTSHfGYg/s1600/papers21.jpg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is Caring

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

INI BLOG AKU DAAA...

Menulis seadanya

Sekadar suka-suka

Agar aku tak terlupa

Kenangan yang telah tercipta