NAK BAKAR TANDAS


Kalau tengok tajuk ni, apa kena mengena tandas dengan bakar? Nak bakar tandas ke? Haha. Sebenarnya ada sebab nak cerita tentang tajuk ni. Agak kelakar jugaklah.
Ceritanya macam ni. Dulu masa sekolah menengah rendah (1 – 3), aku kan bersekolah di Sekolah Menengah Agama (Arab) Parit Sulong. Sekolah pulak sesi petang. Tingkatan 1, aku masih bersekolah agama sebelah pagi, darjah 6 waktu tu. Ini sekolah agama kerajaan negeri punya.
Masa aku di tingkatan 2 dan 3 pulak, aku masih bersekolah sebelah petang. Jadi, sebelah pagi, aku tak adalah buat apa sangat. Cuma kadang-kadang tolong abah aku tolak kereta sorong yang penuh dengan kelapa sawit kalau dah sampai waktu petik tandan sawit tu.
Lagi, dah sekolah sebelah petang, jadi waktu pagi tu, aku akan basuh baju. Macam-macam baju. Kalau rajin, basuh baju semua yang ada kat dalam bilik air tu. Kalau tak berapa nak rajin, basuh baju aku sendiri lah. Haha.
Baju aku yang aku basuh sendiri tu antaranya baju sekolah aku lah. Seluar slack warna biru gelap dan kemeja putih lengan panjang. Masa tu lah aku belajar dengan mak aku macamana nak nila baju. Guna nila serbuk tau, bukan nila yang cecair tu. Silap bancuh, mau bercapuk baju tu nanti. Dah nak kena bersihkan balik baju tu.
Selain tolong abah tolak kereta sorong tu, biasanya, aku pergilah jugak temankan emak pergi menoreh getah. Rasanya masa tu, mak aku ambil upah menoreh getah di kebun getah kepunyaan orang Cina. Baik keluarga Cina tu. Kalau masa Raya Cina, macam-macam dia bagi. Biasanya makanan ringan macam gula-gula, jajan dan macam-macam lagilah. Sampai sekarang kalau terjumpa, ada lah jugak bertegur.
Okey, kita balik ke tajuk tandas nak terbakar tu. Haha. Ceritanya bermula bila aku gunakan tandas tu. Kalau kau orang nak tahu, tandas kampung ni biasanya letaknya kat belah luar rumah. Masa tu, jarang rumah yang buat tandas kat dalam rumah. Ada tu ada tapi tak banyak. Yang biasanya, tandas kat luar rumah. Tak lah jauh. Biasanya adalah dalam 10 meter dari dapur tu dan biasanya tandas ni dibina kat belakang rumah. Ha, lupa pulak. Bilik air pun kat luar rumah. Cuma biasanya bilik air kat depan rumah.
Nak jadikan cerita, satu hari tu, masa aku tengah buang air tu (mestilah buang air, takkan makan nasi lemak dalam tandas), tengok-tengok ada lilin dengan mancis kat tepi dinding tu. Aku pun apa lagi, aku hidupkanlah api lilin tu guna mancis tadi. Boleh kan masa buang air siap main api. Haha.
Lepas dah siap buang air tu, aku pun keluarlah dari tandas tu. Apa lah, takkan nak duduk lama-lama dalam tandas. Kan tak elok sebab dulu-dulu ada ustazah aku bagitau kalau duduk lama-lama dalam tandas, nanti syaitan akan tonyoh tahi kat kepala kita. Tu yang belajar pun tak pandai-pandai. Katanyalah.
Nak tau tak, aku keluar dari tandas tu tanpa padam balik api lilin tu. Kalau tak silap masa tu aku ke sekolah lepas dah siap buang air dan mandi tu.
Nak jadikan cerita, malam tu masa tengah makan dengan famili aku, mak aku cerita yang kalau tak, tandas rumah aku terbakar siang tadi. Emak aku tanya siapa yang hidupkan lilin tapi tak padam. Terus aku teringat aku lah yang hidupkan api lilin tu. Mengaku je lah. Nasib baik tak terbakar tandas tu. Kalau tak, kat mana aku nak memerut kalau kena sakit perut tengah-tengah malam. Haha.
Itulah antara kenangan aku masa kecik-kecik dulu. Nakal pun ya jugak tapi aku baik. Kalau dibuatnya tandas rumah aku tu terbakar, mahu heboh sekampung Am anak Pak Imam Kusni bakar tandas. Haha.
Menulis seadanya
Sekadar suka-suka
Agar aku tak terlupa
Kenangan yang telah tercipta

HARI RAYA AIDILADHA 1995 – EPISOD 1


14 Disember 2019
            Hujan turun sejak pagi lagi. Tak lebat, tapi berterusan. Kalau tak kena gaya, mau banjir ni. Tu pun kalau hujan ni tak berhenti. Tengok kat kebun belakang rumah aku ni. Wah, dah berladung air di semua tempat. Allah turunkan rahmat yang berterusan. Hujan-hujan ni, buatkan aku ingat kisah lama tahun 1995, semasa aku di tingkatan 1.
IMBAS KEMBALI, 9 MEI 1995 – SEHARI SEBELUM HARI RAYA HAJI (tarikh dapat dengan bantuan En Google)
            Lebat sungguh hujan turun hari ini. Seingat aku, sejak aku balik dari sekolah pukul 5.30 sehingga hampir maghrib, langsung tak nampak tanda-tanda akan reda. Yang aku perasan, hujan lebat berterusan turun. Nampak gaya, tahun ni punya raya haji, ada can kita sambut dalam banjir. Hihi.
            Seingat aku, rumah emak abah aku masa semuanya masih di atas. Dari ruang tamu hinggalah ke dapur. Jadi kalau jadi apa-apa musibah ke seperti banjir, insya Allah selamat sebab air takkan jejak hingga ke lantai rumah.
Masa tu, emak aku masih gunakan dapur kayu untuk memasak. Boleh bayangkan tak memasak menggunakan dapur kayu. Bukan dapur gas tau. Dapur kayu. Masak air, nasi dan sebagainya menggunakan kayu api. Ada ke dekat Google? Sayang sebab tak ambil gambar pun dapur kayu tu. Kalau tak, boleh jugak tunjuk dekat anak-anak aku. Kakak, adik, inilah namanya dapur kayu. Tapi tak mengapa, aku akan ceritakan dalam tajuk lain nanti ya.
Terlajak cerita dapur kayu pulak. Disebabkan masa tu sehari saja lagi nak Raya Haji ni, maka banyaklah juadah ataupun makanan yang nak dimasak untuk hidangan esok harinya. Walaupun tak sebanyak hidangan masa Hari Raya Aidilfitri, tapi hidangan yang menjadi kemestian tu wajib ada. Bukan sunat, makruh semua tu. Dah wajib dah. Macam ketupat, sayur lodeh dan lauk-pauk tu. Mestilah ada kan.
Jadi, sebab dapur kayu tu boleh digunakan untuk memasak 2 juadah saja dalam satu-satu masa, maka dapur ataupun tempat masak tambahan diperlukan untuk memasak juadah tu. Ya lah kan, dah menu pun dah lebih dari dua, dapur tempat memasak pun kenalah lebih.
Seingat aku, walaupun dah ada dapur gas, tapi mak aku tetap gunakan lagi dapur kayu tu. Mungkin sayang nak buang agaknya.
Jadi, dapur tambahan pun kenalah ada. Agak-agak kat mana ya dapur tambahan tu? ha, ini yang nak cerita lagi ni. Disebabkan aku dilahirkan dan dibesarkan di dalam sebuah kampung yang aman permai lagi indah tu, maka setiap rumah ada sebuah bangsal. Bangsal tu biasanya ada di belakang rumah. Tak salah pun rasanya kalau nak buat bangsal tu di hadapan rumah. Tapi kebiasaannya bangsal-bangsal ni ada di belakang rumah. Baik, aku akan ceritakan tentang bangsal ni pun dalam bab lain nanti.
Tak sampai lagi cerita tentang banjir ni. Apalah pulak kaitan dapurlah, bangsallah dengan Hari Raya Haji ni? Baik, ini ceritanya.
Disebabkan dapur kayu yang emak aku gunakan itu dalam satu-satu masa hanya boleh memasak dua juadah saja, maka di bangsal tadilah wujudnya dapur tambahan tu. Dapat bayang tak? Pun menggunakan kayu api jugak walaupun dah ada dapur gas. Mungkin sebab nak masak masakan yang ambil masa yang lama, jadi emak aku pun tak gunalah dapur gas tu.
Masa ni tengah hujan tau. Dapur kayu tambahan di bangsal tu pun dah menyala apinya dan kalau tak silap, digunakan untuk masak ketupat daun kelapa. Anyam sendiri ya. Bukan beli yang dah siap.
Tiba-tiba,, dengan hujan yang tak berhenti tadi, laman rumah aku yang mulanya hanya bertakung sedikit air, lama kelamaan semakin banyak. Makin lama, makin hilang tanah di halaman rumah dek air yang semakin memenuhi setiap ruang. Bangsal yang kami gunakan sebagai dapur tambahan tadi semakin lama semakin dinaiki air sehinggalah tiada lagi ruang yang boleh digunakan.
Satu keputusan diambil, kena naik semula ke dalam rumah. Gunakan semua kemudahan yang ada dalam rumah. Nak tak nak, dapur gas yang biasanya digunakan untuk memasak hidangan tengah hari atau malam pun terpaksalah digunakan juga. Kalau dapur gas tu boleh bercakap, mesti dia akan kata, “Huh, aku baru je nak rehat. Dah kena kerja balik”.
Dan tahun tu jugalah kami sekampung menyambut Hari Raya Haji dalam suasana banjir. Dalam tak dalam, sampai paras lutut jugalah. Aku yang baru nak meningkat remaja tahun tu, antara suka dengan tak sajalah. Ya lah, suka sebab boleh main air. Tak suka sebab tak boleh nak gerak bebas ke mana-mana. Banjir merata.
Nak tak nak, makan ketupat dengan kuah lodeh, lepas tu mata pun kuyu. Dah lepas layan mata tu, perut pulak minta dilayan juga. Layanlah lagi perut dengan ketupat dan kuah lodeh. Kuih semperit, tat nanas semua tu tiada ya. Layanlah perut sambil tengok air banjir. Kalau tak silap, 2-3 hari jugalah baru banjir tu surut. Alhamdulillah, sampai sudah tiada kejadian yang tak diingini berlaku.

Menulis seadanya
Sekadar suka-suka
Agar aku tak terlupa
Kenangan yang telah tercipta

ANAK JAWA PARIT


            37 tahun yang lalu, aku dilahirkan di sebuah kampung yang aman permai dan tenang. Sebuah perkampungan 100 peratus Melayu dan hampir kesemuanya berketurunan Jawa. Ya, Jawa. Kenapa? Jawa pun okey kan. Haha.
            Hampir semua penduduknya beraktivitikan kebun atau ladang. Ladang getah semestinya, pisang juga kelapa. Seingat aku, selepas aku dah mula bersekolah baru ada penduduknya yang menanam pokok kelapa sawit, menggantikan getah sebagai tanaman utamanya.
            Aku tak berapa nak ingat sejak bila aku boleh bertutur dalam Bahasa Jawa. Seingat aku, semasa aku kecil, bahasa pertuturan antara aku dan kawan-kawanku hampir semuanya dalam Bahasa Jawa yang aku sayang sangat ni. Haha.
            Kalau tak silap aku, hanya ada seorang dua kawan-kawanku yang tak bertutur sepenuhnya dalam Bahasa Jawa. Yang lain, bahasa nan satu inilah yang menjadi bahasa rasmi di kampungku ini. Setakat nak tanya apa khabar, dah makan ke belum, nak pergi ke mana tu, kacang sangatlah. Tu dah memang asas sangat dalam Bahasa Jawa. Sebelum tu, aku nak bagi sikit amaran di mana dalam bab ni, aku akan tuliskan perbualan-perbualan yang menggunakan bahasa rasmi kampungku ini. Tapi jangan pula rasa risau takut tak faham. Aku akan sertakan sekali terjemahan. Risau pulak kalau orang ingatkan aku cakap benda yang bukan-bukan. Bak kata kawan-kawan aku yang bukan berketurunan Jawa masa di universiti dulu. Boleh mereka kata aku ni mencarut bila aku berbual dengan kawan-kawanku yang berbahasa Jawa. Bikin panas la korang. Haha.
            Ada pelik juga sebenarnya. Pelik sebab aku hanya boleh berbahasa Jawa dengan Atuk yang aku panggil Embah Lanang, Nenek iaitu Embah Wedok, pakcik makcik aku yang lain, tapi bukan dengan Emak dan Abah. Dengan Emak dan Abah, entah macamana automatik aku akan cakap Melayu dengan mereka. Tak boleh nak ubah sampai sekarang sebab walaupun Emak dan Abah bercakap dengan aku guna Bahasa Jawa, aku tetap akan balas guna Bahasa Melayu. Tak tahulah kenapa. Macam perbualan seharian antara aku dengan Emak.
            “Mak, jom makan,” aku ajak Emak aku makan.
            “Engko disek to. Sego nei urong tanek,” (Nanti kejap ye. Nasinya belum masak lagi). emak aku jawab.
Apa yang aku paling tak lupa satu peristiwa yang aku anggap melucukan semasa aku di tadika lagi. Masa tu tadika yang ada paling hampir dengan rumah aku Tadika Kemas. Itupun berjarak lebih kurang 3 kilometer dari rumah aku. Terletak bersebelahan dengan SK Seri Maimon.
Aku ingat lagi cikgu-cikgu tadikaku. Cikgu Fauziah dan pembantunya Cikgu Intan. Macam biasalah, cikgu pun kadangkala garang juga sebab iyalah, melayan kami murid-murid yang baru berumur 6 tahun ni.
Hari pertama aku jejakkan kaki ke Tadika Kemas ni. Memang rasa asing sangat sebab aku tak pernah pun pergi ke mana-mana sekolah untuk buat lawatan sambil belajar. Haha. Jadi aku rasa asing sangat tempat ni. Cuma nasib baik ada seorang kawan aku yang memang berjirang dengan aku di kampung. Ijan namanya.
Disebabkan kalau di rumah, aku dan kawan-kawanku termasuk Ijan ni menggunakan Bahasa Jawa bila berbual, maka terjadilah perbualan dalam bahasa tersebut di sekolah. Haha. Boleh bayang tak, budak umur 6 tahun berbual dalam bahasa Jawa. Kalau sekarang ni aku teringat balik, sampai tersengih aku sebab teringat peristiwa itu.
Aku tak ingat sama ada ada budak mengadu ataupun cikgu tu ada terdengar kami berbual dalam bahasa Jawa tu tapi yang penting kami telah ditegur agar tak menggunakan bahasa Jawa di sekolah. Nasib baik Cikgu Intan tu tegur dengan lembut. Taklah memalukan kami. Haha.


TRAVELOG BUDAK PARIT

2020 and I have to think creatively.

2020 dan aku nak lebih banyak menulis. Menulis tentang diri aku, keluarga (emak, abah, adik-beradik, isteri, anak-anak dan belah mertua). Banyak sebenarnya yang boleh aku tulis tentang itu semua. Cuma rajin tak rajin je la. Ye tak.

Haha.

Ini khas untuk penulisan aku. Sebab apa aku namakan tajuk penulisan aku macam ni?

Sebab, aku lahir di kampung yang ber Parit. Jodoh aku pun datang dari kampung yang ber Parit. Jadi, aku rasa elok kalau aku namakan tajuk aku ni TRAVELOG BUDAK PARIT. Haha.

Menulis seadanya
Sekadar suka-suka
Agar aku tak terlupa
Kenangan yang telah tercipta

RUMAH BARU MAHFUZ

Assalamualaikum. Tetiba rasa nak update entri baru. Karang kalau tangguh-tangguh, takut terlupa. Haha.

Semalam petang kitorang takde plan ke mana pun. Tetiba wife aku bagitau MIL ajak pergi rumah baru Mahfuz aka Aput kat Putera Indah. Oh, ok jugak tuh.

So, lepas asar tuh, geraklah kitorang ke sana.Ok lah rumah dia. Besar. Selesa pun selesa jugak. Ni ada la beberapa gambar yang aku snap.

Baby Adam yang dah 6 bulan




SELAMAT PENGANTIN BARU DR. SYAFIE & FATIMAH HANISAH

Assalamualaikum. Minggu ni agak sibuk sikit. Sebabnya sepupu aku, Dr. Syafie aka Pie telah selamat bernikah pada 30 Januari 2016 dengan pasangannya Fatimah Hanisah di Klang, Selangor.

Kalau ikutkan, sepatutnya aku bergerak sekali dengan Cik Dot tapi apakan daya masa tak akan kembali. Haha. Cik Dot tak dapat ikut sebabnya anak dia warded. Jadi, aku ngan wife dan anak aku ajelah gerak.

Sebenarnya kalau ikutkan kitorang dalam satu konvoi dengan famili yang lain. Tapi disebabkan diorang semua nak gerak awal sebelum Jumaat 29hb, aku pun decided nak gerak lewat sikit. Cadangnya nak gerak selepas solat Jumaat. Tapi gitu gini gitu gini dekat pukul 6 petang baru gerak. Haha.

Masa pergi tu kitorang tak banyak singgah pun. Rasa ada dua kali je singgah kat RnR. Tu pun sebab nak reload Touch'n Go. Dengan highway yang agak smooth, dengan bantuan maps ikut location yang Syahidah hantar, kitorang sampai dalam pukul 9.30 malam. Rasa macam cepat jugak aku bawak. Rasanya taklah laju sangat aku bawak. Haha.

Malam tu, takde apa program pun. Berbual, pas tu tidur. Program yang sebenarnya bermula esoknya.

Esoknya, kitorang gerak dengan rombongan pengantin lelaki sebab pengantin akan bernikah di Masjid Ahmadi, Klang. Majlis jamuannya pulak di Dewan Orang Ramai mana entah. Tak ingat lah pulak. Haha.

Okaylah, malas nak cakap panjang-panjang. Aku up gambar ajelah ok.


PERCUTIAN TAK SENGAJA 3

Assalamualaikum semua. Ni kira entri last lah ye pasal percutian kitorang tuh. Fuh, penat menaip. Haha.

Okay, pas kitorang dah sampai ke The Kabin kat area Jeram, Kuala Selangor tuh, kitorang terus check in. Lebih kurang pukul 6 jugak lah kitorang sampai. Ingatkan sempat lah nak berendam kat pool tuh tapi dah tutup pulak. Jadi, esok aje lah kitorang berendam.

Kat sini, antara aktiviti yang kita boleh buat, mandi, jala-jalan kat panati tapi takleh mandi dan naik basikal. First time sebenarnya aku naik basikal yang 2 seat tuh. Ni sebenarnya entri hari kedua kitorang kat The Kabin tuh. Hmm.. Macam malas pulak nak tulis panjang-panjang. Layan gambar ajelah ek.

Kalau nak lagi lanjut, korang leh pergi ke web The Kabin.
















PERCUTIAN TAK SENGAJA 2

Assalamualaikum. Ni kira sambungan dari PERCUTIAN TAK SENGAJA 1. Lepas je kitorang dari Kellie's Castle tuh, kitorang berbelah bahagi. Sebenarnya, kalau ikutkan plan awal, kitorang nak tidur kat Felda Residence Trolak malam tuh. Siap dah tempah sebenarnya. Tapi disebabkan rasa macam banyak pulak masa yang terbuang (kalau nak patah balik ke Felda Residence tu ambil masa sejam jugak), terus my MIL call kawan dia yang duduk area Sitiawan (kalau tak silap), kitorang terus batalkan booking kat Felda Residence tuh dan bermalamlah kitorang kat rumah Haji Ramli.

Mesra orangnya. Malam tuh, habis semua dijamu dengan seafood. Fresh-fresh semua tuh. Pergh. Tapi disebabkan aku agak sedar diri orangnya, maka aku makanlah sekadarnya. Haha.

Yang aku agak kagum dengan Haji Ramli ni ialah, semua perabot, dapur dan sebagainya dia buat sendiri. Memang aku kagum sangat-sangat. Tapi rasanya macam tak snap pulak gambar-gambar kat dalam rumah tuh.

Dia cerita yang dia belajar buat tu semua di Australia masa ikut latihan Tentera Laut. Best berbual dengan Haji Ramli nih. Orangnya pun tak sombong. Memang respek aku dengan dia.





Haji Ramli ni yang bagitau kalau nak ke area Kuala Selangor, better ikut jalan luar aje. Sebab kalau ikut highway, rasanya lagi jauh. Jadi, kitorang pun ikutlah jalan dalam je. Boleh singgah-singgah. Tu yang kitorang singgah kat Teluk Intan. Singgahlah kat Menara Condong tuh. Kira impress la jugak sebab memang tak pernah sampai kat situ.





Lepas je ambil angin kat Menara Condong tuh, terus kitorang bergerak ke Kuala Selangor. Kat Teluk Intan tuh, kitorang cuma ambil gambar, makan tengahari dan solat. Oh ya, baru teringat. Sebelum kitorang ke Teluk Intan tuh, sempatlah kitorang singgah kat umah Fauzi kat IPD Perak Tengah.



Dah lepas solat tuh, terus kitorang gerak ke Kuala Selangor. Destinasi kitorang seterusnya ialah The Kabin. Meh aku belanja sikit gambar kat The Kabin.

PERCUTIAN TAK SENGAJA 1..

Assalamualaikum. Haha. Tajuk tak agak-agak. Macam leh buat filem pulak kan. Kalau tengok tajuk nih, mau David Teo cepat-cepat suruh aku tulis skrip. Haha.

Sebenarnya, 16 Disember 2015 lepas, aku dengan famili pergilah travel nih. Tapi, disebabkan dia punya plan adalah last minute, maka menjadilah Percutian Tak Sengaja. Tu yang aku letak kat tajuk tuh.

Kalau nak diikutkan, nak pergi Melaka atau PD je mulanya. Tapi sebab nak rasa jauh sikit, terpergilah area Perak sinun. So, tak mau cerita panjang, korang baca ajelah ok.

Kitorang gerak dari Batu Pahat dalam pukul 7.00 pagi 16 Disember tuh.Trip nih kitorang main terjah je. Sambil tu refer kepada Maps dalam fon. So, main agak ajelah.

Kitorang gerak sesama sampailah aku ngan wife keluar kat Rawang sebab nak ambik Cik Nge kat Komuter Rawang. Kereta satu lagi berhenti kat RnR Rawang. So kitorang jumpa balik kat RnR Rawang tuh.

Tempat pertama yang kitorang cadang nak pergi, Kellie's Castle. Masa kat RnR Rawang tuh, aku check kat Maps, adalah dalam 1 jam setengah lagi journey. Rasa macam dekat. Tapi aku bagi wife aku lak drive. Aku nak ZZZZzzzz. Haha.

Sekali tuh, punyalah jauh rupanya nak sampai tempat tuh. Huh, masing-masing tak sabar nak sampai. Rasa dah kematu punggung nih sebab tak sampai-sampai. Aku bagitau kereta satu lagi (Matrix), keluar kat Exit Gopeng. Sekali dah keluar tuh, tengok-tengok dah pukul 3 lebih dah. Terus cepat-cepat kitorang cari masjid.

Lepas dah siap solat tuh, berdesup pulak drive nak pergi Kellie's Castle tuh. Sekali dah sampai tuh, pergh, memang cantik tempat dia. Hilang kejap penat sebab drive. Kagum la jugak. Cuma agak scary. Ha, ni aku belanja gambar. Nak masuk kena bayar RM 5.00 1 kepala.










Ha, cukuplah dulu setakat nih. Nanti aku sambung lagi. Banyak nak cerita lagi nih. K, Bai... Assalamualaikum.

SANAH HELWA MY FIL @ CFU ANDA

Assalamualaikum. Wah, dah berabuk lagi blog aku nih. Harap-harap takde biawak yang anggrem kat blog nih. Haha.

Sebenarnya, hari nih my FIL celebrate birthday yang ke??? Oh, baru aku ingat. Sama dengan tahun kemerdekaan Malaysia. So, yang ke-58 kan.

Jadi nya, kitorang semua memula cadang nak buat makan-makan kat Ceria Maju Steamboat.  Malangnye, tutup pulak hari nih. So, kat sini lah kitorang semua. Ditambah pulak my FIL ada darah Itali sikit kot. Haha.

SANAH HELWA ABAH, CIKGU ANUAR BIN DAUD @ MY FIL @ CFU ANDA...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is Caring

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

INI BLOG AKU DAAA...

Menulis seadanya

Sekadar suka-suka

Agar aku tak terlupa

Kenangan yang telah tercipta