HARI RAYA AIDILADHA 1995 – EPISOD 1


14 Disember 2019
            Hujan turun sejak pagi lagi. Tak lebat, tapi berterusan. Kalau tak kena gaya, mau banjir ni. Tu pun kalau hujan ni tak berhenti. Tengok kat kebun belakang rumah aku ni. Wah, dah berladung air di semua tempat. Allah turunkan rahmat yang berterusan. Hujan-hujan ni, buatkan aku ingat kisah lama tahun 1995, semasa aku di tingkatan 1.
IMBAS KEMBALI, 9 MEI 1995 – SEHARI SEBELUM HARI RAYA HAJI (tarikh dapat dengan bantuan En Google)
            Lebat sungguh hujan turun hari ini. Seingat aku, sejak aku balik dari sekolah pukul 5.30 sehingga hampir maghrib, langsung tak nampak tanda-tanda akan reda. Yang aku perasan, hujan lebat berterusan turun. Nampak gaya, tahun ni punya raya haji, ada can kita sambut dalam banjir. Hihi.
            Seingat aku, rumah emak abah aku masa semuanya masih di atas. Dari ruang tamu hinggalah ke dapur. Jadi kalau jadi apa-apa musibah ke seperti banjir, insya Allah selamat sebab air takkan jejak hingga ke lantai rumah.
Masa tu, emak aku masih gunakan dapur kayu untuk memasak. Boleh bayangkan tak memasak menggunakan dapur kayu. Bukan dapur gas tau. Dapur kayu. Masak air, nasi dan sebagainya menggunakan kayu api. Ada ke dekat Google? Sayang sebab tak ambil gambar pun dapur kayu tu. Kalau tak, boleh jugak tunjuk dekat anak-anak aku. Kakak, adik, inilah namanya dapur kayu. Tapi tak mengapa, aku akan ceritakan dalam tajuk lain nanti ya.
Terlajak cerita dapur kayu pulak. Disebabkan masa tu sehari saja lagi nak Raya Haji ni, maka banyaklah juadah ataupun makanan yang nak dimasak untuk hidangan esok harinya. Walaupun tak sebanyak hidangan masa Hari Raya Aidilfitri, tapi hidangan yang menjadi kemestian tu wajib ada. Bukan sunat, makruh semua tu. Dah wajib dah. Macam ketupat, sayur lodeh dan lauk-pauk tu. Mestilah ada kan.
Jadi, sebab dapur kayu tu boleh digunakan untuk memasak 2 juadah saja dalam satu-satu masa, maka dapur ataupun tempat masak tambahan diperlukan untuk memasak juadah tu. Ya lah kan, dah menu pun dah lebih dari dua, dapur tempat memasak pun kenalah lebih.
Seingat aku, walaupun dah ada dapur gas, tapi mak aku tetap gunakan lagi dapur kayu tu. Mungkin sayang nak buang agaknya.
Jadi, dapur tambahan pun kenalah ada. Agak-agak kat mana ya dapur tambahan tu? ha, ini yang nak cerita lagi ni. Disebabkan aku dilahirkan dan dibesarkan di dalam sebuah kampung yang aman permai lagi indah tu, maka setiap rumah ada sebuah bangsal. Bangsal tu biasanya ada di belakang rumah. Tak salah pun rasanya kalau nak buat bangsal tu di hadapan rumah. Tapi kebiasaannya bangsal-bangsal ni ada di belakang rumah. Baik, aku akan ceritakan tentang bangsal ni pun dalam bab lain nanti.
Tak sampai lagi cerita tentang banjir ni. Apalah pulak kaitan dapurlah, bangsallah dengan Hari Raya Haji ni? Baik, ini ceritanya.
Disebabkan dapur kayu yang emak aku gunakan itu dalam satu-satu masa hanya boleh memasak dua juadah saja, maka di bangsal tadilah wujudnya dapur tambahan tu. Dapat bayang tak? Pun menggunakan kayu api jugak walaupun dah ada dapur gas. Mungkin sebab nak masak masakan yang ambil masa yang lama, jadi emak aku pun tak gunalah dapur gas tu.
Masa ni tengah hujan tau. Dapur kayu tambahan di bangsal tu pun dah menyala apinya dan kalau tak silap, digunakan untuk masak ketupat daun kelapa. Anyam sendiri ya. Bukan beli yang dah siap.
Tiba-tiba,, dengan hujan yang tak berhenti tadi, laman rumah aku yang mulanya hanya bertakung sedikit air, lama kelamaan semakin banyak. Makin lama, makin hilang tanah di halaman rumah dek air yang semakin memenuhi setiap ruang. Bangsal yang kami gunakan sebagai dapur tambahan tadi semakin lama semakin dinaiki air sehinggalah tiada lagi ruang yang boleh digunakan.
Satu keputusan diambil, kena naik semula ke dalam rumah. Gunakan semua kemudahan yang ada dalam rumah. Nak tak nak, dapur gas yang biasanya digunakan untuk memasak hidangan tengah hari atau malam pun terpaksalah digunakan juga. Kalau dapur gas tu boleh bercakap, mesti dia akan kata, “Huh, aku baru je nak rehat. Dah kena kerja balik”.
Dan tahun tu jugalah kami sekampung menyambut Hari Raya Haji dalam suasana banjir. Dalam tak dalam, sampai paras lutut jugalah. Aku yang baru nak meningkat remaja tahun tu, antara suka dengan tak sajalah. Ya lah, suka sebab boleh main air. Tak suka sebab tak boleh nak gerak bebas ke mana-mana. Banjir merata.
Nak tak nak, makan ketupat dengan kuah lodeh, lepas tu mata pun kuyu. Dah lepas layan mata tu, perut pulak minta dilayan juga. Layanlah lagi perut dengan ketupat dan kuah lodeh. Kuih semperit, tat nanas semua tu tiada ya. Layanlah perut sambil tengok air banjir. Kalau tak silap, 2-3 hari jugalah baru banjir tu surut. Alhamdulillah, sampai sudah tiada kejadian yang tak diingini berlaku.

Menulis seadanya
Sekadar suka-suka
Agar aku tak terlupa
Kenangan yang telah tercipta

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is Caring

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

INI BLOG AKU DAAA...

Menulis seadanya

Sekadar suka-suka

Agar aku tak terlupa

Kenangan yang telah tercipta