NAK BAGI SAYUR BIAR SENTIASA SEGAR..













Aii Min..tetibe je masuk petua-petua ni. Ada pape ke? Hehe..

Ohh. Tak de la. Ari ni tetibe je rajin nak post sesuatu. So aku teringat bab yang ni. Pernah tak korang beli sayur ke, pas tu simpan dalam peti sejuk. Ingatkan boleh nampak segar tu lama sikit kan walaupun simpan dalam esbox tu. Tapi baru 2-3 hari dah kuning terutamanya sayur-mayur yang berdaun tu. Haa, ni aku nak bagi petua ni. Tapi kalau korang dah tau, jangan lak korang lekeh-lekeh kan aku. Sian kat diri aku sendiri. Berbalik pada petua tadi, aku dah cuba petua ni dan aku nampak sayur yang aku simpan dalam esbox aku tu tetap segar dan hijau walaupun dah dekat seminggu. Nampak jarang-jarang nak masak kan. Hehe.

Petua dia macam ni:

1. Memula masukkan sayur-sayur yang korang nak simpan kat dalam esbox ke dalam plastik. Biasa nya aku sebut plastik kresek. Hehe.

2. Ikat ketat-ketat plastik tu tapi tak perlu sampai ikat mati. Karang susah lak nak bukak balik plastik tu.

3. Terus simpan sayur tu. Sok-sok kalau korang nak masak, kuar kan balik sayur tu. Haa, try tengok sayur tu. Elok lagi tak.

Takat yang aku buat ni, elok lagi sayur tu. Tapi kalau sayur korang tu layu gak @ kekuning-kuningan, jangan lak korang salah kan aku ek. Try le cara lain. Hehe.

gambar ihsan: http://img.howcast.com/thumbnails/218303/Picture_3_xxlarge.png

BARU JE BAIKK..

Batuk. Mesti korang pun pernah terkena kan. Aku baru je baik dari batuk. Minggu lepas memang hari yang nak mintak aku berehat sebabnya aku dah tak boleh lawan demam yang melanda sampaikan terpaksa MC sehari. Sebenarnya jarang aku ambil MC ni. Rasanya start aku kerja tahun 2006 sampailah sekarang ni, rasanya baru 3 kali aku ambil MC. Ye lah kan, dah badan kita tak sakit apa-apa, tak kanlah saja-saja nak ambil MC. Kang kena sakit betul-betul, baru tau.. Hehe..












Jumaat 10 Februari, minggu lepas aku MC. Seminggu sebelum tu, aku dah start hilang suara. Yang aku tak tahan tu, time aku kena bertugas tu, aku kena la bagi ucapan sikit. Tapi dah tak boleh nak cakap apa-apa sebab memang dah takde suara. Ni baru je nak baik. So sape-sape yang nk belanja aku makan aiskrim ke, pape ke yang berais, diingatkan untuk tangguhkan dulu niat korang tu ok..hehe..

Alhamdulillah, sekarang ni dah ok sikit. So, harap-harap ni tak jadi masalah untuk aku kongsi-kongsi ilmu ngan anak murid aku. Kesian diorang, tak dapat aku nak cerita macam selalu tu.. :-)

Gambar ihsan: http://faridashaari.com/wp-content/uploads/2011/02/demam2.gif

Maher Zain - Freedom

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is Caring

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

INI BLOG AKU DAAA...

Menulis seadanya

Sekadar suka-suka

Agar aku tak terlupa

Kenangan yang telah tercipta