Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

PETUA LEGAKAN HIDUNG TERSUMBAT


Salam. Bertemu lagi kita di dalam segmen petua orang-orang lama. Hehe.

Hari ni saya nak post entri berkenaan dengan cara nak legakan hidung yang tersumbat ketika selsema. Cara ni saya dah lama amalkan sejak saya kecil lagi. Sebenarnya, saya dapat petua ni pun dari emak saya. Dia yang buat kat saya kalau saya selsema masa saya kecil dulu.

Biasalah kan, selsema ni memang akan buat kita tak selesa. Kalau kita yang dewasa ni pun rasa tak selesa, apalagi kalau anak-anak kita yang kena selsema. Jadi, ada petua yang kita semua boleh buat kalau kena selsema.
  1. Ambil sedikit garam (tak kiralah sama ada garam kasar atau halus).
  2. Campur dengan sedikit air.
  3. Kacau-kacau sampai garam tu hancur.
  4. Sapukan di luar hidung sambil selawat.
In sha Allah, hidung kita akan rasa lega selepas itu.

p/s: Awas ya. Selepas air garam yang kita sapu di hidung tu kering, hidung kita akan dilekati garam-garam yang kering. Tapi tiada kesan apa-apa pun. Boleh dihilangkan dengan dicuci. Lagi satu, jangan lupa jumpa doktor.

NAK BAGI SAYUR BIAR SENTIASA SEGAR..













Aii Min..tetibe je masuk petua-petua ni. Ada pape ke? Hehe..

Ohh. Tak de la. Ari ni tetibe je rajin nak post sesuatu. So aku teringat bab yang ni. Pernah tak korang beli sayur ke, pas tu simpan dalam peti sejuk. Ingatkan boleh nampak segar tu lama sikit kan walaupun simpan dalam esbox tu. Tapi baru 2-3 hari dah kuning terutamanya sayur-mayur yang berdaun tu. Haa, ni aku nak bagi petua ni. Tapi kalau korang dah tau, jangan lak korang lekeh-lekeh kan aku. Sian kat diri aku sendiri. Berbalik pada petua tadi, aku dah cuba petua ni dan aku nampak sayur yang aku simpan dalam esbox aku tu tetap segar dan hijau walaupun dah dekat seminggu. Nampak jarang-jarang nak masak kan. Hehe.

Petua dia macam ni:

1. Memula masukkan sayur-sayur yang korang nak simpan kat dalam esbox ke dalam plastik. Biasa nya aku sebut plastik kresek. Hehe.

2. Ikat ketat-ketat plastik tu tapi tak perlu sampai ikat mati. Karang susah lak nak bukak balik plastik tu.

3. Terus simpan sayur tu. Sok-sok kalau korang nak masak, kuar kan balik sayur tu. Haa, try tengok sayur tu. Elok lagi tak.

Takat yang aku buat ni, elok lagi sayur tu. Tapi kalau sayur korang tu layu gak @ kekuning-kuningan, jangan lak korang salah kan aku ek. Try le cara lain. Hehe.

gambar ihsan: http://img.howcast.com/thumbnails/218303/Picture_3_xxlarge.png

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is Caring

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

INI BLOG AKU DAAA...

Menulis seadanya

Sekadar suka-suka

Agar aku tak terlupa

Kenangan yang telah tercipta