PETUA LEGAKAN HIDUNG TERSUMBAT


Salam. Bertemu lagi kita di dalam segmen petua orang-orang lama. Hehe.

Hari ni saya nak post entri berkenaan dengan cara nak legakan hidung yang tersumbat ketika selsema. Cara ni saya dah lama amalkan sejak saya kecil lagi. Sebenarnya, saya dapat petua ni pun dari emak saya. Dia yang buat kat saya kalau saya selsema masa saya kecil dulu.

Biasalah kan, selsema ni memang akan buat kita tak selesa. Kalau kita yang dewasa ni pun rasa tak selesa, apalagi kalau anak-anak kita yang kena selsema. Jadi, ada petua yang kita semua boleh buat kalau kena selsema.
  1. Ambil sedikit garam (tak kiralah sama ada garam kasar atau halus).
  2. Campur dengan sedikit air.
  3. Kacau-kacau sampai garam tu hancur.
  4. Sapukan di luar hidung sambil selawat.
In sha Allah, hidung kita akan rasa lega selepas itu.

p/s: Awas ya. Selepas air garam yang kita sapu di hidung tu kering, hidung kita akan dilekati garam-garam yang kering. Tapi tiada kesan apa-apa pun. Boleh dihilangkan dengan dicuci. Lagi satu, jangan lupa jumpa doktor.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is Caring

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

INI BLOG AKU DAAA...

Menulis seadanya

Sekadar suka-suka

Agar aku tak terlupa

Kenangan yang telah tercipta