SEMALAM PUNYA CERITA

Salam. Ha, ni nak cerita semalam punya cerita. Tapi tang berbuka aje lah. Haha.

Semalam buat julung-julung kalinya aku dah try buat Spagetti Aglio Olio (mau terbelit lidah nak nyebut nye). So, kitorang jadi Italiano lah semalam. Nak share resepi tapi macam segan je. Almaklumlah fisrt time buat. Rasanye tunggu aku rasa betul-betul dah okay baru aku leh share resepi tuh ok.

Korang layan aje lah gambar kat bawah ni. Sempat lah aku share gambar ni ngan Syarul. Haha.


DIAM-DIAM....

Salam. Haa, tajuk entri nih bukan nak tiru tajuk lagu Ramlah Ram okey. Saja je nak pakai tajuk tuh. Haha.

Sebenarnya aku nak cerita sikit pasal blog aku nih. Diam-diam, dalam sedar tak sedar, dah 10 tahun rupanya usia blog aku nih. Tapi yang jadi lawaknya, entri nye cuma berapa je. Malu I tau. Haha.

Okey, sebab ni antara keazaman aku pada tahun ni (ye ke ni antara azam aku. Macam tak je. Hehe), aku cadang nak sentiasa update blog aku nih. Kalau boleh sampai beratus-ratus entri aku nak buat. Biar korang sampai nak muntah baca (Mampoo ko nak buat entri sampai beratus. Huuuaahhh).

Untuk permulaan, sempena birthday blog aku yang ke-10 nih, aku nak buat sekurang-kurangnya ada 100 entri. Boleh le aku berbangga sikit sebab entri yang aku buat ni dah banyak.

Kalau ikut sejarahnya, seingat aku, blog nih aku buat lepas aku dah habis buat degree kat KUIM aka USIM. Masa tu aku baru je abis belajar dan takde kerja tetap lagi. Cuma mengabihkan boreh omak den ajo. Haha. So, kalau tak silap aku, blog ni pun macam baru bagi aku. Yang aku tau, dia punya function nye macam diari gitu lah.

Disebabkan masa tuh aku pun tak berapa gemar nak menulis, so blog aku nih sentiasa la lompang sana lompang sini. Sampailah ke tahun ni. Bila aku tengok dan baca blog orang lain yang sentiasa berupdate setiap masa, tu yang aku azam nak buat perubahan nak update selalu blog aku nih. Lagi satu yang buat aku semangat ialah lepas aku buat entri Trip ke Langkawi tuh. Makin meluap-luap semangat aku nak selalu update blog aku nih walaupun dia punya reader cuma wife aku je. Tu pun silent reader. Haha.

Apa-apa pun, bagi aku, menulis ni pun boleh bagi sedikit kepuasan kat aku. Kepuasan yang macamana? Mm, nantilah aku fikir dulu kepuasan yang macamana aku dapat. Hehe. Wassalam.


APA YANG KORANG AKAN BUAT KALAU....

3 SITUASI

Situasi 1 (tahun 2007):

Di dalam sebuah bank yang tengah tak berapa sibuk.

Aku: Assalamualaikum cik.
Staf: Waalaikumussalam. Ada apa yang boleh saya bantu?
Aku: Mm, macam ni cik, saya nak bukak akaun kat bank nih. Akaun nih saya nak guna untuk gaji saya.
Staf: Oo, ok. Encik kerja dekat kilang mana ye?
Aku: (Agak terkedu sikit. Sambil tu, pelan je aku jawab) Saya mengajar. Baru posting.
Staf: Oo. Cikgu ke?
(Time nih aku pakai slack dan kemeja tapi tak tuck-in la. Mesti sebab serabai kot).

Situasi 2 (Tahun 2010):

Aku: Tauke, dekat kedai you ni ada tak jual tv yang murah-murah punye. Yang second hand ke.
Tauke: Oo, takde la. Saya jual tv yang baru-baru punya.
Aku: Ala tauke, takkan takde kot.
Tauke: Ala kawan. Takde la. Saya jual yang baru saja. You try la tengok-tengok dulu. Saya jual yang baru pun tak mahal punya.
Aku: Ala tauke, kalau yang baru mesti mahal punya. Saya bukannya ada banyak duit pun.
Tauke: Ya ka? Saya rasa you ni mesti banyak duit punya. You kerja mana?
Aku: Saya kerja kilang saja tauke.
Tauke: (Sambil kerut-kerut dahi) Ya ka? Saya tak percaya la you kerja kilang. You mesti kerja gamen punya.
(Time nih pulak aku pakai t-shirt, slack dan kasut kerja. T-shirt tuck-in. So, mungkin sebab tu kot dia tak percaya aku kerja kilang).

Situasi 3 (Tahun 2011):

Di sebuah kedai memproses ayam:

Aku: Assalamualaikum pakcik. Bagi saya ayam daging seekor. Potong cincang.
Pakcik: Waalaikumussalam. Ok bang, kejap lagi ye.
Aku: Ok pakcik. (Sambil-sambil tu, aku baca surat khabar).
Dalam 2-3 minit lepas tu.
Pakcik: Abang nak seekor je kan tadi.
Aku: Ye pakcik.
Pakcik: Abang ni pendidik ke?
Aku: Ye pakcik. Macamana pakcik tau? (Dalam hati: Wow, pakcik ni guna perkataan pendidik. Tak pernah aku jumpa orang guna perkataan tuh).
Pakcik: Saya agak je. Tapi kebiasaannya tekaan saya tu tepat (sambil tersenyum).
(Time nih, aku pakai jeans, t-shirt dan selipar jepun saje)

Situasi dekat atas nih betul-betul berlaku. Cuma, dialog tuh ada lah yang aku dah sikit-sikit. Tapi bab pakcik guna perkataan pendidik tu memang betul. Yang tuh memang aku ingat sampai sekarang.

LANGKAWI - DAY 4 - 6.6.2015

Salam. Hai, dah hari last rupanya kitorang kat Langkawi nih. Rasa macam baru semalam sampai. Tiba-tiba dah nak balik dah. Huhu.

Okay, ini cerita hari keempat kitorang kat Langkawi. Sebab semalam tak sempat nak habiskan shopping, hari nih kitorang abiskan waktu yang ada dengan bershopping. Sebelum nih, kitorang ada jugak plan nak pergi Taman Buaya dengan beberapa tempat lain kalau sempat tapi nampak gayanya, kuasa nak bershopping tuh lebih power nampak gayanya. Haha.

Okay, awal pagi nya tuh terus kitorang gerak ke Coco Valley sebab nak cari coklat kat situ. Ni lepas dah kitorang buat perbandingan harga dengan tempat lain. Siap je shopping kat situ, terus kitorang berkejar ke Pekan Kuah pulak sebab sekali lagi nak ke Haji Ismail. Nak sambar periuk TEFAL tuh. Buka 1 sekali nak beli, tapi sampai 3 kitorang beli. Jangan salah anggap okay. Beli periuk tuh bukan untuk kitorang je tapi untuk mak aku dan mak wife aku. Cuma ada sedikit masalah kat sini sebab masa kitorang nak beli periuk tuh, stok yang ada 2 je. So, terus kitorang pergi supermarket Haji Ismail yang lain termasuklah kat sebelah hotel dia tuh. Lagi lah takde kat situ. So, patah balik kat supermarket yang pertama tadi dan kitorang decided untuk bagi kat mak-mak kitorang 2 jenis periuk tuh dan untuk dapur kitorang, kitorang ambik yang lain. Harap-harap balik nih, paling-paling koman pun dapat lah nak guna untuk grill stik ke, lamb chop ke. Ye lah, periuk dah TEFAL kan. Bukannya Zebra. Haha.

Dah sudah tuh, terus kitorang berkejar pulak ke Beras Terbakar sekali lagi. On the way tuh, kitorang singgah ke Minyak Gamat Nusantara. Yang ni pun kena beli. Bukti kitorang sampai Langkawi nih. Haha.

Dah sudah tuh, terus lah ke Beras Terbakar dan beli tshirt-tshirt yang ada kat situ. Harga, okaylah jugak. Dapat lah tawar-tawar sikit. Tengok-tengok jam. Haaa, dah pukul 1 lebih dah. Berkejar balik kitorang ke chalet sebab takut terlambat check out nanti.

Punyalah banyak barang yang kitorang beli sampai asar pukul 4 lebih jugaklah baru kitorang siap packing semua barang. Huh, macam tak caya je. Datang dengan 1 luggage je. Balik sampai terberanak luggage tuh. Haha. 

Lepas jumpa Nadia, kawan wife aku aka pemilik chalet nih, kitorang pun gerak ke Airport. Masa check out tuh, kitorang kena bayar tambah dalam RM 68.00 (RM 50.00 ambik dari deposit kunci + RM 18.00 dobi). Alhamdulillah, taklah mahal sangat.

On the way ke Airport tuh, singgahlah kitorang kat gerai laksa yang top kat sepanjang jalan nak ke Airport tuh sebab belum makan tengahari lagi (gila bershopping kan. hehe). Kitorang order Laksa + Ikan Seekor 2 mangkuk, Pesembur 1 dan air kelapa 2 = RM 19.00. Okaylah, murah jugak lah. Sedap pun sedap sebab tengah lapar kan. Haha.


Ni lah hasil-hasil kitorang selama 4 hari kat Langkawi. Hehe.
Untuk balik nih, aku memang saja tak buat web check in sebab nak buat kat kiosk je. Leh la dapat boarding pas yang cantik tuh. Haha. Lepas dah drop luggage semua tuh, kitorang pun terus masuk lah ke Gate 3 tuh. Malas nak menunggu kat luar tuh. Karang tak memasal Sofiyya tuh nak sambung shopping kat Airport lak. Haha.

Alhamdulillah, flight pun ok masa balik tuh. Kitorang take off pukul 7.35 malam dan sampai kat KLIA lebih kurang pukul 8.40 malam. Cuma cuaca mendung dan hujan masa kitorang dalam flight tuh. Alhamdulillah, selamat sampai kat KLIA tuh. 




  




 


Ni time nak tunggu KLIA Transit ke Putrajaya Sentral. Masa kitorang beli tiket tuh, baru pukul 10.20. Train pulak pukul 10.52. So, berbaring-baringlah aku dengan Sofiyya. Huhu.
Nak kena cerita semua ke? Rasanya tak payah kot. Yang penting kitorang selamat sampai kat Batu Pahat pukul 5.30 pagi sebab malam tu sepanjang dari KLIA ke Batu Pahat tuh memang banyak kali kitorang berenti. Mengantuk wooo. Haha.

Okay, sebelum aku abiskan aku punya meraban nih, ada beberapa benda yang aku tak sempat buat sepanjang kat Langkawi tuh.
  1. Jalan-jalan kat Pantai Cenang.
  2. Nak ronda-ronda naik motor.
Rasanya tuh je kot. Anyway, inilah vacation yang best sebabnya kali ni aku dapat pergi dengan family sendiri. Sebelum nih, aku just ikut rombongan bawak budak-budak sekolah. Yang ni jadual aku susun sendiri, tempat nak stay, kereta, beli tiket flight, semuanya buat sendiri. Jadinya, kitorang rasa puas hati sangat dengan kitorang punye vacation nih. Agak-agak bile lah dapat pergi Langkawi lagi? Sebabnya, 4 hari tak cukup woo. Haha. Okay, wassalam.

LANGKAWI - DAY 3 - PART 2 - 5 JUN 2015

Salam. Okay, aku sambung lagi cerita hari ketiga kitorang kat Langkawi. Huh, best pulak berblogging nih. Tau aku dari dulu aku aktif mengupdate blog aku nih. Hehe.

Okay, lepas kitorang ke Makam Mahsuri tuh, kitorang terus ke Beras Terbakar pulak. Kitorang pergi kat situ, selain wife aku nak tengok tempat Beras Terbakar tuh, kitorang cadang nak shopping t-shirt ngan souvenir kat situ. Tapi, sampai je kat situ, semua kedai macam dah nak tutup pulak. Tambah masa tuh wife aku belum solat lagi. Tunggu-tunggu dia habis solat, semua kedai dah tutup. Huh, nak buat macamana nih. So, aku cadang esok kita pergi lagi lah kat sini sambil malam ni nak pergi survey kat area Pantai Cenang tuh.

So, kitorang balik chalet dulu sebab cadang nak keluar semula selepas maghrib tuh. Sebelum balik ke chalet, sempat lah aku singgah Coco Valley sebab nak banding harga antara Haji Ismail dengan Coco Valley. Hmm, biasalah kan. Setiap benda mestilah ada perbezaan harga. Ada yang murah kat sini, mahal kat sana. So, cadang lepas maghrib tuh kitorang nak keluar semula.

Tapi, biasalah kan. bersiap gitu ginih sambil rileks-rileks sebab kaki pun dah naik lenguh, pukul 9.00 lebih baru kitorang keluar. Ingatkan nak terus beli barang kat Coco Valley. Tapi, sampai-sampai je kat situ, tengok-tengok dah tutup kedai tuh. Huh, tak boleh jadi nih. Terus kitorang berkejar ke Haji Ismail sebab nak beli barang yang ada kat situ. Sampai kat situ, terus je beli barang yang memang kitorang nak beli. Tapi sebab dah agak lewat, wife aku tak dapat nak cari periuk TEFAL tuh sebab barang tuh ada dalam stor. So, kitorang beli lah apa-apa yang boleh dibeli sambil nak datang semula awal pagi esok.

On the way nak balik ke chalet tuh, singgahlah kitorang kat kedai-kedai area Pantai Cenang tuh sebab nak cari t-shirt dan souvenir yang ada kat situ. Dapat lah beli beberapa helai tshirt tapi aku tetap nak pergi ke Beras Terbakar semula esoknya. So, tak banyaklah benda yang kitorang beli.

Dalam nak balik ke chalet, sempat lah jugak singgah kat KFC sebab tetiba rasa lapar. Balik je kat chalet, meratah ayam KFC je le kerja kitorang sebelum titon. Fuh, hari ni memang betul-betul berjalan punya. Haha. Wassalam.

LANGKAWI - DAY 3 - PART 1 - 5 JUN 2015

Salam. Ha, dah masuk hari ketiga kitorang kat Langkawi nih. Ari nih baru lah kitorang leh pergi Langkawi Cable Car. Dengar-dengarnya gak ada satu lagi tempat yang best yang baru je dibukak kat Langkawi nih. Apa dia agaknya? Jawapannya ialah Muzium 3D. Best wooo. Nanti aku cerita apa yang best nye tuh.

Memula tu aku check lah diorang punya waktu operasi. Kalau tak silap aku pukul 9.00 pagi dia dah bukak. Tapi, biasalah kan. Nak bersiap itu ini, nak siapkan budak kecik tu lagi. Dekat-dekat pukul 10.00 baru kitorang dapat gerak. Apalagi, sekali lagi khidmat GPS Maps diperlukan. Hehe.

Okay, lebih kurang pukul 10.30 kitorang sampai kat Langkawi Cable Car tuh. Fuh, punye lah ramai pengunjung yang nak naik Cable Car tuh. Lepas tu pulak diorang dah buat sistem yang lain (last aku pergi tahun 2011 takde pun buat macam ni. Ha, itu cerita 4 tahun lepas. Hehe). Tapi aku rasa cara macam ni lebih memudahkan dan dapat lah mengelakkan daripada berebut-rebut dan potong queue. 

Diorang guna sistem group. Faham tak? Tak faham ke? Okay, diorang buat cara group maksudnya dia akan keluarkan tiket ikut giliran. Macam kitorang, kitorang dapat giliran group M dan dapat naik Cable Car pukul 12.00 tengahari. Maksudnya kat sini, setiap 15 minit, satu grup akan dibenarkan naik dalam Cable Car tuh. Kalau tak silap, ada lah dalam 40 orang dalam setiap group tuh.

Lagi satu yang baru ialah sebelum naik Cable Car tuh, kitorang dibawa masuk Ke Sky Dome. Dia lebih kurang macam kat Planetarium Negara tuh. Skrin kat bumbung dan ada la ditayangkan movie pendek. Adalah rasa gayat-gayat sikit sebab video tuh pasal naik roller coaster. Tapi aku tak menjerit hokay. Haha.

Dah abis kat Sky Dome tuh, barulah kitorang dapat naik Cable Car tuh. Sebab aku dah beberapa kali naik Cable Car, kurang lah sikit rasa gayat tuh. Korang tengoklah gambar yang ada kat bawah nih. Cuma kitorang tak pergi Sky Bridge tuh sebab trek nak ke situ tuh tengah direnovate. Jadi aku tengok, trek dia macam jauh sikit je. Kang tak memasal mau aku mintak CPR sebab sah-sah lah aku nak kena dukung Sofiyya. Huh, tak sanggup aku. Lagi satu, kena bayarlah pulak kalau nak ke situ. RM 5.00 pulak tuh. Huh, tak jadi le kitorang ke situ. So, kitorang cuma pergi pelantar yang ada kat last station tuh.







Dah puas kat atas tuh, kitorang pun turun le ke bawah lak sebab ada 1 lagi tempat yang kitorang nak pergi iaitu 3D Museum. Sebelum aku terlupa, wife aku beli tiket combo Cable Car + Museum 3D tuh. Kalau tak silap, dapat diskaun dalam RM 20.00 kalau tak silap banding kalau beli tiket berasingan. Korang layan je lah gambar yang aku tampal nih. Sila tahan muntah tuh okay kalau korang tertengok aksi-aksi melampau kitorang. Haha.








Dah puas buat macam-macam kat Museum 3D tuh, kitorang terus gerak ke Makam Mahsuri pulak. Huh, tak payah lah aku nak cerita benda-benda kat situ. Cukuplah aku letak gambar kitorang kat situ.







Aku rasa macam panjang pulak entri nih. Nak kena buat 2 part nih. Ok, aku sambung dalam part 2 pulak nanti. Wassalam.

LANGKAWI - DAY 2 - 4 JUN 2015

Salam. Okay, aku sambung cerita kiotarang kat Langkawi masa hari kedua. Macam yang aku dah bagitau dalam entri sebelum nih, aktiviti hari ke-2 kitorang ialah ber Island Hopping. Sebelum pergi, awal-awal lagi aku dah bandingkan sama ada nak ambik pakej Island Hopping atau Mangrove. Sebab aku cuma 3 orang je pergi, so aku ambiklah pakej Island Hopping nih. Kalau pergi ramai-ramai boleh lah buat Mangrove tuh.

Masa kitorang beli pakej nih (semalamnya), budak yang jaga kaunter kat ofis Cenang Valley Inn tu dah bagitau yang kitorang kena tunggu depan ofis sebelum pukul 9.00 pagi. Tapi disebabkan kepenatan (sebab malam tu kitorang balik lewat ke chalet), lepas je solat Subuh, kitorang tido semula. Sedar-sedar je dah pukul 8.15. Haaa, biar betul. Apalagi, terus cepat-cepat, berkemas semua tuh. Nasib baik Sofiyya tak meragam masa aku kejut pagi tuh. Aku cuma cakap "Aya nak ikut jalan tak?". Terus dia bangun dan terus wife aku mandikan. Kalau tak, mau bergaduh jugak kalau nak gerak kan dia pagi-pagi nih. Good Girl.

Terus kitorang ke ofis tuh. Ngam-ngam van yang bawak kitorang ke jeti tu pun sampai. Dalam van tuh dah penuh dengan orang yang nak berIsland Hopping jugak tapi dari chalet yang lain. Jeti tu kalau tak silap aku tak jauh dari Awana Porto Malai. Yang kelakarnya, van tu dah agak uzur sebenarnya tapi still ok lagi nak bawak penumpang. Sampai lah satu tempat berbukit selepas Holiday Villa, tetiba van tu macam tak kuat nak daki bukit tuh. Driver tu bagitau yag van ape benda entah yang rosak. Nak tergelak aku dalam van tuh. Ye lah kan, bukit tu pun agak tinggi jugak. Time nak sampai puncak bukit tuh, siap enjin dia macam nak mati. Haha. Nasib baik driver tu pun rileks je. Ada lah 2-3 kali jugak dia try daki bukit tuh. Sampai lah last sekali, dia try daki bukit tuh guna gear 1 je. Pas tu Alhamdulillah. Boleh jugak dan sampai lah kitorang kat jeti tuh. Kalau tak, nak kena tolak gak la van tuh. Haha.

Opss... Sebelum aku terlupa, masa aku baru masuk van tuh, driver tuh bagi kitorang pelekat macam lencana untuk bagitau kitorang ni dalam 1 group. Kitorang guna servis Peak Link.

Sampai kat jeti tuh, bot pun dah sedia kat situ. Apa lagi, bermula lah Island Hopping kitorang. Kitorang dibawak ke 3 point iaitu Tasik Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah. Best nya kalau ingat semula tempat-tempat yang kitorang pergi tuh. Cuma kat Pulau Beras Basah je tak sempat nak ambik gambar sebab Sofiyya buat hal kat situ. Haha. Korang tengok je la gambar-gambar kat bawah nih.

Muka excited nak ber Island Hopping



Kat Tasik Dayang Bunting

Eagles Feeding

Lepas dah pergi semua tempat tuh, kitorang pun balik lah ke chalet semula. Punya lah penat lepas ber Island Hopping tuh. Sampai chalet dah dekat-dekat pukul 2 jugak. Balik pun sama. Company yang jual pakej tuh yang hantar kitorang balik ke chalet. Cuma kali ni naik van baru. Bukan naik van masa ke jeti pagi nya. Haha.

Sampai je chalet, ingat nak rileks-rileks kejap jer. Tau-tau tertidur. Tau-tau dah 3 lebih baru terbangun. Tu pun Sofiyya yang kacau-kacau aku tidur. Hehe. So, mandi dan solat. Pas tu plan pulak nak gi mana petang ni.

Mula-mula plan nak naik Cable Car petang tuh tapi kalau tak silap aku dia tutup pukul 6.00 petang. So, aku cadangkan kat wife aku untuk pergi Underwater World je petang tuh. Tapi apa-apa pun, kena lah makan dulu sebab pagi tadi kitorang makan burger je sorang sebiji. Sofiyya pulak cuma makan nuget je.

Malas nak pergi jauh-jauh, pergi jela restoran depan Underwater World tuh. Aduhai, sekali lagi aku macam nak menjerit. Apa tidaknya, makan nasi campur untuk 3 orang (Sofiyya punya sikit je kitorang ambik) kena RM 35.00. Mak aih, memang macam tu ke harga makanan kat Langkawi? Rasanya makanan yang kitorang ambik tu pun yang biasa-biasa je. Terus wife aku bagitau lepas ni nak makan yang goreng-goreng je la. Tak nak ambik dah yang style buffet nih. Takpe la, nak buat macamana kan. Dah ambik, kena lah bayar.

Pas makan tuh, terus kitorang ke Underwater World tuh. Korang tengok je la gambar-gambar kat bawah nih.




Pas dah keluar dari Underwater World tuh, kitorang terus pergi Kuah sebab cadangnya nak pergi Dataran Lang. Karang kalau tangguh-tangguh tak pergi jugak ni kang. Banyak lagi tempat yang nak pergi nih. Sempat lah tangkap gambar kat situ.






Dah abis pusing-pusing kat Dataran Lang tuh, terus kitorang pergi Haji Ismail punya supermarket. Biasalah kan, kalau dah pergi Langkawi, takkan tak pergi pasaraya Haji Ismail nih. Memula cadang nak terus beli coklat tapi memdangkan masa ada lagi, so aku cadangkan untuk survey-survey dan bandingkan harga dulu. Ok la, aku buat senarai dan harga coklat kat situ dan nak bandingkan dengan tempat lain. Sambil-sambil tengok tuh, terbeli jugaklah wife aku satu periuk TEFAL. Ala, tak kisah lah kan. Sebab kalau kat luar, memang mahal harganya. Tu pun kira benda wajib kalau pergi Langkawi nih. Haha.

Balik tu je sampai chalet, nampak kat pintu ada tersangkut nasi ayam. Nadia yang bagi sebenarnya sempena kenduri keluarga dia. Alhamdulillah. Pas tuh, apa lagi, titon loh... Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is Caring

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

INI BLOG AKU DAAA...

Menulis seadanya

Sekadar suka-suka

Agar aku tak terlupa

Kenangan yang telah tercipta