HARI KETIGA PUASA

Salam. Semalam hari ketiga puasa. Semalam gak aku, wife dan Sofiyya balik rumah mak aku kat Parit Sulong. Aku balik rumah mak aku kelmarin sebenarnya. Sampai pulak dah dekat nak berbuka. Tak sempat nak beli apa-apa untuk berbuka. Tapi wife aku dah siapkan puding dari rumah. So, tu je la yang kitorang bawak.

Kalau semalam punya cerita, semalam masa nak balik rumah sewa aku, kitorang sempat lah ziarah Alfu yang baru je lepas accident. Tengok gaya macam teruk jugak kena. Ye lah kan, kalau sampai patah kaki tu. Tapi dah memang rezeki dia lah sebabnya company dia kat Singapura tu yang bayar bil-bil semua tuh sepanjang di warded. Kalau tak, mau beribu-riban jugak kena bayar.

Okay, yang aku nak cerita tentang puasa hari ketiga (masuk sekali hari keempat kot. Hihi) ialah kehadiran dua imam Hafiz dari Syria dan Palestin. Aku dan wife aku dipertanggungjawabkan menyediakan makan untuk mereka bersahur. Mula-mula pening jugak sebab tak tahu nak sediakan makanan apa yang sesuai untuk mereka berdua. Tapi lepas aku tanya Mizi ari tu, dia cadangkan untuk sediakan nasi dan roti + lauk kari. So, aku dan wife aku pun decided masakkan diorang kari ayam untuk puasa pagi nih. Yang nih aku akan ceritakan last entri ni nanti.

Kalau ikutkan, semalam petang tuh aku dipelawa berbuka di rumah Ustaz Sobri dengan mak dan abah. Tapi disebabkan semalam aku kena pergi AEON Big untuk belanja sedikit barang-barang dapur, terus tak sempat nak pergi sana. Sampai rumah pun dah dekat pukul tujuh semalam. Takpe, ada rezeki nanti boleh lah ye. 

Terawih aku malam tadi di Surau Batu 7, Jalan Tongkang Pecah. Kenapa aku terawih kat situ? Sebabnya aku nak sama-sama berterawih berimamkan Hafiz dari Syria tu. Kalau tak silap, Hafiz dari Palestin dilantik untuk menjadi imam di Surau Taman Sri Penggaram. Rasa seronok berimamkan hafiz ni. Tenang je rasa dia baca. Lagi satu, tak terasa kelam kabut sebab dia baca secara sederhana. Taklah terlalu laju dan taklah terlalu perlahan. Kalau laju sangat, kadang-kadang aku pun tak sempat nak ikut. Luuuuuuaajuuu kok. Haha.

Lepas terawih imam ni tadi ada sampaikan sedikit ceramah yang diterjemahkan oleh Ustaz Sobri. Dia ceritalah berkenaan bulan puasa dan berkenaan dengan isu-isu yang berlaku di Syria. Dia mengharapkan semoga rakyat Malaysia sama-sama membantu rakyat di sana dan menjadikan isu di Syria ini sebagai isu kita bersama. Memang sedih dengar apa yang dia ceritakan tuh. Rasa nak menitik air mata aku dengar bila dia cerita yang kanak-kanak yang dikelar dan sebagainya. Semoga Allah memudahkan segala urusan mereka.

Haa, ni yang aku nak cerita tentang sahur tadi. Mula-mula ingatkan nak masak untuk sahur, lepas tuh hantar kat rumah mereka menginap. Tapi lepas bincang-bincang tuh, kitorang rasa lebih mudah untuk mereka datang ke rumah. Lagipun mereka menginap dekat sebeblah rumah sewa aku ni je. Mereka tak lah sibuk-sibuk nak kemas lepas makan. Korang bolehlah tengok gambar di bawah ni okay.

Kanan sekali: Hafiz dari Palestin. Tengah: Hafiz dari Syria. Kiri: Hafiz (hafaz jugak la Juzuk 'Amma) dari Johor. Hihi.

Yang kiri tu, penterjemah sebab selepas terawih Imam Hafiz ni akan beri sedikit tazkirah. Lupa nak tanya nama ustaz ni. Hafiz dari Syria tuh umur dia 25 tahun dan dari Palestin 20 tahun. Muda lagi mereka tuh.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is Caring

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

INI BLOG AKU DAAA...

Menulis seadanya

Sekadar suka-suka

Agar aku tak terlupa

Kenangan yang telah tercipta