LANGKAWI - DAY 1 PART 1 - 3 JUN 2015

Salam. Seperti yang aku dah beritahu dalam entry yang sebelum nih, aku nak ceritalah pasal aku punya trip ke Langkawi baru-baru ni. Mungkin ada tips ke atau ada something yang boleh membantu sesapa yang nak buat trip ke sana ke pas nih. Hehe.

Okay, aku akan share trip aku ke Langkawi dari awal aku bertolak sampailah aku kembali semula ke rumah. 4 hari tu, macam-macam yang aku boleh cerita. Kalau aku kelentong pun, bukan korang tau kan. Haha.

Okay, bercerita tentang hari pertama trip aku ke Langkawi tu, aku bertolak dari Batu Pahat lebih kurang pukul 6.50 pagi. Huh, berangan sungguh aku nih nak gerak awal. Ye lah kan, konon-konon aku dah plan dengan wife aku nak gerak selepas subuh, dalam lebih kurang 6.15 pagi. Last-last buat tu, buat ni, siapkan tu siapkan ni, kemas tu kemas ni, dalam 6.50 pagi gitu la kitorang baru gerak. Ok jugak la kan. Selepas subuh jugak la tuh namanya. Hehe.

Disebabkan semalamnya tuh tak sempat balik rumah mak abah aku kat Parit Sulong, so aku menyinggah la kejap kat rumah mak abah. Ok la jugak kan sebab laluan ke Pagoh (aku ikut Lebuhraya PLUS ikut tol Pagoh). Salam-salam dengan mak abah, pas tuh terus pecut ke KLIA. Ops..silap, ke Putrajaya Sentral.

Alhamdulillah, perjalanan pun ok. Takde traffic jam. Cuma masa kat area Seremban je agak slow sikit. Tapi still ok dan alhamdulillah kitorang sampai kat Putrajaya Sentral lebih kurang pukul 10.30 pagi. Sebab apa aku pergi Putrayaja Sentral? Sebabnya, aku nak parking kereta aku kat situ. Ye lah kan, aku punye trip ni kira ala-ala cuti-cuti bajet gituh. Kalau aku parking kat KLIA, alamat banyak jugak la yang aku akan habiskan kat bayar parking je. So, lepas aku mintak pakcik Google carikan parking yang biasa orang guna kalau fly ke mana-mana, kesimpulannya ramai yang parking kat situ (Putrajaya Sentral) then naik KLIA Transit tuk ke KLIA. 

Ni masa berenti kejap kat R&R Ayer Keroh. Huh, tidor sepanjang jalan Sofiyya..
 Dari Putrajaya Sentral ke KLIA ambik masa dalam 15 minit sahaja. Cepat kan. Alhamdulillah, kat sini pun ok, takde masalah sepanjang kitorang naik KLIA Transit. Dan, yang bestnya, Sofiyya pun tak meragam masa naik train nih. Mungkin sebab baru bangun tido kot. Ye la, sepanjang jalan dia tidur. Mengantuk sangat la tuh. Malam sebelumnya memang lewat dia tidur. Kalau tak, mau dia jalan sana sini gak kat dalam train tuh.

Ni masa kat Putrajaya Sentral. Sebelum naik KLIA Transit.
Sampai je kat KLIA, memula aku blur jugak sebab tak tau nak buat apa. ni first time aku nak kena wat sendiri nih. Tanya wife aku, dia pun bagitau masa dia belajar dulu pun dia ikut orang. Orang bagitahu dah leh chek-in, dia pun check in. Hurmmmm, nak tak nak kitorang tanya kat info kaunter tu. Staf kat kaunter tu bagitau suh kitorang ke kaunter B. So, mengheret la kitorang luggage yang sangat gedabak ituh. Sampai je kaunter B, aku tanya la kat staf MAS kat situ. aku bagitau la yang aku dah buat web check-in sehari sebelum tuh dan aku nak drop luggage tuh. Dia bagitau aku suh beratur kat kaunter C. Huh, nasib baik sebelah je. Kalau jauh tadi, mau aku masukkan dia kat dalam luggage tuh. Haha. Gurau je.

After drop luggage dan setel semua, so menunggu la kitorang kat situ sebab masa banyak lagi sebelum gate tu bukak. Sempat la tukar Sofiyya punya diaper. 

Lepas dah drop luggage. Sofiyya tak lepas dengan hp mama. Tengok la sini Aya, baba amik gambar nih.
Dalam kul 12.15 tuh kitorang gerak ke gate kitorang. Dekat Boarding Pass tuh dia bagitau B7. Tapi masa nak berjalan ke tempat berlepas tuh, aku terperasan gate kitorang bertukar ke B8. So menapak la ke situ. Tapi bukan nya jauh pun. Berdepan je antara 2 gate tuh.

Punya lah lambat kitorang nak berjalan ke gate tuh sebab Sofiyya suka sangat tengok gelagat orang. Kejap-kejap dia berenti nak tengok macam-macam. Sofiyya Sofiyya, nasib baik nak bercuti. So, aku taknak marah-marah sebab nanti hilang mood. Hehe. Ha, ni aku belanja tengok gambar-gambar kitorang.









Lepas dah siap semuanya, kitorang fly lah. Hum, walaupun dah pernah naik airplane sebelum nih, perasaan excited tu tetap ada. Seronok weh. Bila lagi nak naik kapal terbang kalau takde tambang semurah yang aku naik nih. So, kitorang terbang dari KLIA dalam pukul 1.10 petang dan sampai lebih kurang 2.05 petang. Macam lawak pun ada sebab kejap je dah sampai Langkawi. Okay, nanti aku sambung lagi cerita aku lepas kitorang landed kat Langkawi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is Caring

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

INI BLOG AKU DAAA...

Menulis seadanya

Sekadar suka-suka

Agar aku tak terlupa

Kenangan yang telah tercipta