LANGKAWI DAY 1 PART 2 - 3 JUN 2015

Salam. Ni sambungan dari part 1. Okay, lepas je kitorang landed je kat Langkawi International Airport tuh, lepas ambil luggage semua, perkara pertama yang aku buat ialah update instagram. Haha. Macam retis pulak rasanya. Sikit-sikit update instagram. Haha.

Ha, takde lah. Perkara pertama yang aku buat ialah call kereta sewa. Oh ya, lupa pulak aku nak bagitau yang kitorang sewa kereta sepanjang kitorang kat Langkawi dari Dini Travel. Memandangkan kitorang cuma bertiga, lebih baik aku sewa kereta kecik je. So, kitorang sewa la Viva Auto dari Dini Travel tuh aka Pak Long. Masa kitorang sewa tuh, kitorang Pak Long bagitau harga kereta sewa sepanjang kitorang dekat Langkawi tu sebanyak RM 80.00 sehari (RM 80.00 x 3 = RM 240.00) + RM 20.00 (caj hantar kereta ke airport). Kira berpatutan jugak la harga tuh sebab kebanyakan Rental Car Services bagi rate sehari RM 90.00. 

Ingatkan nak sewa kereta besar sikit macam Alphard ke. Tapi nanti aku jugak yang kena drive. Haha. So, berjimbalah kitorang dengan Viva Dini Travel. Thumbs up untuk Dini Travel sebab bagi layanan dan perkhidmatan yang terbaik untuk kitorang. Kereta tersangatlah bagus dan memuaskan. Cuma lupa nak snap gambar kereta tu. Hihi.

Memandangkan kitorang pergi ni masa cuti sekolah, so kitorang dah booking awal tempat kitorang nak stay. Kalau ikut cadangan, memula tu nak stay kat Rumah Peranginan Persekutuan tapi dah fully booked. Terlambat nak book. Lepas aku bincang-bincang ngan wife aku, kitorang decided nak stay kat Cenang Valley Inn. Ini pun disebabkan chalet ni kepunyaan kawan wife aku, Nadia. Alhamdulillah, dapatlah rate yang best. Suke suke. Hihi.





Lepas dah check-in kat chalet tuh, dan selepas solat, tengok-tengok.. alamak, duit belum keluarkan lagi nih. So, mencari lah ATM. Disebabkan tak tau dan sambil nak berjalan, teruslah kitorang berjalan sampai ke Pekan Kuah. Kelakar kan. Padahal, kat area Pantai Cenang ni ada je ATM. Hehe.

Disebabkan excited nak berjalan punya pasal, sampai malam kitorang berjalan hari pertama kat Langkawi nih. Mengalahkan orang yang tak pernah pergi Langkawi. Hehe. First yang kitorang cari ialah topi sebab esoknya kitorang nak ber Island Hopping (dalam entri lain aku cerita nanti). Best sangat. Terbanglah RM 35.00 untuk harga topi aku, wife dan Sofiyya. Lepas tuh, just window shopping je. Tengok-tengok t-shirt etc.

Ni masa tengah shopping topi. Sofiyya time ni dia dah penat. Tapi bagusnya dia tak nangis. Hihi..
Oh ya, memandangkan kitorang pun malas nak pergi survey kat penyedia pakej Island Hopping kat area Pantai Cenang tuh, kitorang pun ambik jalan mudah, beli pakej yang chalet tu jual. Dewasa RM 35.00 dan kanak-kanak free. So, cuma bayar untuk aku dengan wife je lah. Sofiyya free je.

Oppss, sebelum terlupa ada yang tak best nya jugak masa hari pertama kat Langkawi ni. Tentang makan. Bagi aku, makanan yang dijual kat sini agak mahal (atau aku yang tak tau yang harga kat Langkawi memang macam tuh). Untuk makan tengah hari first day tuh, kitorang kena bayar RM 25.00 untuk 3 orang makan. 2 untuk sepinggan penuh nasi campur, 1 lagi sikit je, untuk Sofiyya.

Tapi apa-apa pun, pilihan lain pun ada jugak macam KFC ke, McD ke. Terpulanglah kan. Yang penting, kitorang tetap happy untuk hari pertama kat Langkawi tuh. Wassalam.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is Caring

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

INI BLOG AKU DAAA...

Menulis seadanya

Sekadar suka-suka

Agar aku tak terlupa

Kenangan yang telah tercipta