ALAMAK, SALAH RUMAH...
Labels: Famili , Macam-macam
PRE BIRTHDAY..
Assalam. Sebenarnya entri ni sepatutnya aku tulis sekali dengan entri ziarah baby Ahmad Aflah tu, tapi macam tak sesuai pulak. So aku buatlah entri yang berasingan.
Ceritanya 16 Ogos tuh birthday Ayem. So, masa kitorang dalam kereta on the way nak ke Muar tuh, dia ada lah call wife aku nak mintak kitorang belikan dulu KFC. Kira dia nak open table le. Kitorang pun ok aje lah. Dan 17 Ogos tu pulak birthday wife aku. So, kira nak 2 orang open table lah. Ingatkan sorang dah nk belanja KFC, wife aku nak belanja Pizza Hut pulak.
Lepas je kitorang keluar dari hospital tuh, kitorang pergilah makan dulu sebab kitorang belum makan tengah hari lagi. Aku pun makan ala-ala je. Diet kan. Haha. So lepas makan je, kitorang gerak lah cari masjid atau surau. Tak lama lepas tuh, Ayem cakap dia nak tukar Pizza pulak. Huh, nasib baik lah belum beli KFC lagi. Aku cakap aje lah kat wife aku. Takpe lah, beli je lebih. Kira kongsi 2 orang nak open table.
So lepas maghrib tuh, misi mencari Pizza pun bermula. Terpaksa lah guna encik Google Maps. Haha. dan terjumpalah Pizza Hut Delivery Jalan Bakri. Sebelum order tuh, kitorang cek lah kupon-kupon yang ada kat situ dan ternampaklah satu set yang 3 Pizza saiz regular. Tapi yang tu kena order online lah pulak. Bagi aku pulak, rasanya takde lah masalah rasanya kalau nak order online nih. Janji, ada fon, ada wifi/data, semua boleh buat. So orderla Pizza tu online. Dan hasilnya....ops, aku tak ada ambik gambar. Yang sempat aku snap gambar Sofiyya je. Haha. Tapi set macam ini lah yang kitorang order.
![]() |
| Set nilah yang kitorang beli. |
Siap aje order, lepas berpusing-pusing cari Petronas sebab nak isi minyak dan nak mintak air panas, teruslah aku pecut balik BP. Sampai dalam pukul 10.15 jugaklah. Apa lagi, tamatlah sudah riwayat pizza tuh. Selamat masuk ke dalam perut tanpa tinggalkan sisa walau sebesar biji sawi. Haha.
Labels: Famili , Macam-macam
DAH LEWAT SANGAT KE? BELUM KOT..
Salam. Sebenarnya aku macam malas nak story pasal majlis-majlis yang berlangsung sepanjang Syawal tahun nih. Sebabnya kalau ikutkan macam banyak je nak cerita. Nanti kalau ada yang aku tak cerita macam tak best pulak. Haha. Tapi aku cuba jugaklah nak cerita apa yang berlaku tuh okay.
Memula, aku nak cerita pasal bulan Syawal tahun nih. Aku rasalah kan, sepanjang aku dah kerja nih, aku rasa tahun ni punya Syawal yang paling busy sekali. Nak tau sebab apa? Sebabnya setiap weekend mesti aku tak dapat nak lekat kat rumah.
Yang pertamanya, pasal marhaban sekolah aku. Tahun ni buat lagi marhaban. Kali ni pergi zon Tanjung Labuh, Linau dan Parit Sulong. Cuma masa zon Tanjung Labuh tu aku tak dapat ikut sebab demam. Yang lain alhamdulillah dapat ikut. So, setiap selepas Jumaat tahun nih, penuh dengan program marhaban sekolah.
Yang keduanya, setiap hari Sabtu mesti penuh dengan majlis kahwin dan tunang. Tahun ni belah wife aku pecah rekod sebab setiap Sabtu ada majlis. Yang pertama, majlis Poji ngan Syafiqah pada 1 Ogos 2015. Majlis tu buat dekat Dewan Jubli Intan Batu Pahat. Yang kelakarnya, aku tetiba kena baca doa untuk pengantin. Nasib baik lah sempat mintak Atuk Google cari doa tuh. Kalau tak, bantai ajelah doa apa-apa. Hihi.
Yang ketiganya, majlis perkahwinan antara Hafiz dan Zainab dekat Parit Raja. Pun buat pada hari Sabtu 8 Ogos 2015. Masa ni aku takde kena buat apa-apa. So rileks ajelah. Makan minum je kerjanya. Haha.
Yang keempatnya, Sabtu 15 Ogos 2015 semalam, majlis pertunangan Atiqah dan Nabil dekat Segamat. Disebabkan emak dan abah mertuaku tak dapat nak pergi, maka aku dan wife aku secara rasminya jadi wakil diorang. Tapi masa aku dan wife aku sampai kat sana, majlis dah habis pun. So makan ajelah kitorang. Haha. Mana boleh tahan, ikan patin masak tempoyak tuh. Haha.
Ha, itu aje yang aku nak cerita. Sebenarnya, memula kitorang nak gerak ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar lepas dari Segamat tuh. Nak ziarah anak kepada member wife yang tengah sakit. Tapi disebabkan aku rasa takut penat sesangat, tambah besok nye hari kerja, makanya aku pun tak jadilah ke Muar. Cadangnya esoknya selepas balik sekolah baru nak pergi. Mudah-mudahan semuanya selamat.
p/s: Gambar-gambar yang aku tepek kat sini semuanya ihsan FB insan yang terlibat dengan majlis tuh. Aku tak menyenap pulak gambar-gambar majlis diorang. Sori ek. Hihi. Wassalam.
Labels: Famili , Macam-macam
I AM SORRY..
Assalam. Hai, apa dah jadi dengan aku nih. Hari tu bukan main berazam nak rajin tulis blog nih. Tapi last-last azam ke mana apa ke mana. Haha.
Sebenarnya sebab musabab aku terberhenti tulis blog aku nih sebab Streamyx ada masalah masa puasa tuh. Ye la kan, kalau kita tengah semangat nak buat sesuatu tuh, tetiba ada penghalang. Apa jadi? Mesti semangat pun hilang jugak kan. Haha. Ok, ni dah ada semangat semula nih. Harap-harap jangan lah ko lari wahai Encik Semangat. Tak larat woo aku nak kejar. Haha.
Wassalam.
![]() |
| http://www.gilerkentang.com/wp-content/uploads/2013/11/Tips-Tingkatkan-Motivasi-Dalam-Diri.jpg |
Labels: Macam-macam
DIAM-DIAM....
Labels: Macam-macam
APA YANG KORANG AKAN BUAT KALAU....
Labels: Macam-macam
DAH HARI KE-2 PUASA DAH..
Salam. Hai, dah masuk hari ke-2 puasa dah. Mm, hari pertama ari tu, alhamdulillah, boleh tunaikan tanggungjawab puasa dengan tenang. Tenang tenang sahaja. Haha.
Setakat dua hari puasa ni, alhamdulillah, dapat tahan lagi diri aku ni dari jejak ke bazar Ramadan. Agak-agak boleh tak kalau aku tak nak pergi bazar tu sampai hujung bulan ni? Hehe.
Apa-apa pun aku harap tahun ni punya bulan puasa aku harap dapat yang lebih baik dari tahun lepas. Moga amal ibadah aku dapat aku pertingkatkan pada bulan ini. Wassalam.
Labels: Macam-macam
DAH NAK PUASA DAH..
- Semoga dalam bulan Ramadan ini, aku, isteriku, anakku dan seluruh keluargaku akan sentiasa diberi kerahmatan, keberkatan dan segala kebaikan daripada Allah S. W. T.
- Semoga aku dapat menjadikan bulan Ramadan ini sebagai benteng daripada melakukan perkara yang tidak baik.
- Semoga aku terhindar daripada melakukan sebarang pembaziran tak kira lah masa ke, duit ke atau sebagainya. Harap-harap tahun ini aku dapat kurangkan dari membeli makanan di luar. Kalau boleh dapat masak sendiri untuk sahur dan berbuka.
- Semoga dapat lakukan banyak amalan sunat, sekurang-kurangnya dengan bersahur.
- Semoga dalam bulan Ramadan ini, aku dapat khatam membaca Al-Quran sekurang-kurangnya sekali.
- Semoga bulan Ramadan ini akan membuatkan diriku lebih sihat. Ye la kan, sekurang-kurangnya dapatlah aku rehatkan sedikit perut ini.
Labels: Macam-macam
HAAA..DAH NAIK SEKOLAH DAH KE?
Assalam. Hai, pejam celik pejam celik dah naik sesi baru persekolahan. Rasa macam baru semalam mula cuti. Tau-tau, dah naik sekolah semula. Rasa macam tak cukup cuti 2 minggu. Boleh tambah cuti lagi tak? Hahaha.
Harap-harap, sesi baru ni buatkan aku lebih rajin bekerja, lebih amanah dan segala yang positif. Ye la kan, nak bagi anak bini makan. Kenalah dari rezeki yang berkat dan halal kan. :-)
Ok, nanti ada masa sambung lagi. Ada entry yang aku nak post tapi belum sempat buat lagi. Tunggu ok.
Labels: Macam-macam
MAK AIH...BLOG SIAPAKAH YANG BERSAWANG INIH?
Salam uolls. Bersawang sangat kan blog ku inih. Biasa la kan, setahun sekali je update nya. Haha. Ok. Aku rasa macam bersemangat nak update blog nih. So, aku harap, korang semua tunggu la ye.
Labels: Macam-macam
SALAM AIDILIFITRI
Labels: Macam-macam
NEW LAPPY
Assalam. Ni saya nak cerita sikit. Saya dah beli laptop baru. He he. Kalau dulu saya obsess dengan Acer, sekarang ni saya dah boleh terima apa je model atau jenama. So, kali ni saya beli Asus K46C. Ni dia model yang saya beli.
Alhamdulillah, ada sikit rezeki ni, bolehlah beli lappy ni. Bukan apa, taka da laptop ni agak susah la sekarang. Terutamanya kalau nak online kat sekolah. So, harap-harap saya memang nak gunakan untuk kebaikan la ye. In Sha Allah.
Sekarang ni, pejam celik pejam celik dah tinggal seminggu nak raya. Harap-harap saya punya cita-cita dalam bulan Ramadan ni tercapai. Dan saya harap dapat teruskan walaupun dah bukan di bulan Ramadan. Apa dia tu? Ha ha. Rahsia……
Labels: Macam-macam
Rajinnyeee...
In sha Allah. Aku akan cuba berusaha untuk lebih rajin update blog aku ni.
Labels: Macam-macam
BARU JE BAIKK..
Batuk. Mesti korang pun pernah terkena kan. Aku baru je baik dari batuk. Minggu lepas memang hari yang nak mintak aku berehat sebabnya aku dah tak boleh lawan demam yang melanda sampaikan terpaksa MC sehari. Sebenarnya jarang aku ambil MC ni. Rasanya start aku kerja tahun 2006 sampailah sekarang ni, rasanya baru 3 kali aku ambil MC. Ye lah kan, dah badan kita tak sakit apa-apa, tak kanlah saja-saja nak ambil MC. Kang kena sakit betul-betul, baru tau.. Hehe..
Jumaat 10 Februari, minggu lepas aku MC. Seminggu sebelum tu, aku dah start hilang suara. Yang aku tak tahan tu, time aku kena bertugas tu, aku kena la bagi ucapan sikit. Tapi dah tak boleh nak cakap apa-apa sebab memang dah takde suara. Ni baru je nak baik. So sape-sape yang nk belanja aku makan aiskrim ke, pape ke yang berais, diingatkan untuk tangguhkan dulu niat korang tu ok..hehe..
Alhamdulillah, sekarang ni dah ok sikit. So, harap-harap ni tak jadi masalah untuk aku kongsi-kongsi ilmu ngan anak murid aku. Kesian diorang, tak dapat aku nak cerita macam selalu tu.. :-)
Gambar ihsan: http://faridashaari.com/wp-content/uploads/2011/02/demam2.gif
Labels: Macam-macam
PTPTN @ UJRAH
Tadi masa aku nak balik, PAR aka Hairi Sahdan panggil aku. Ada ke dia cakap aku ada hutang ngan LHDN. Haaa, bior betik? Ari tu aku rasa dah clear yang aku ni lum layak lagi nak bayar cukai. Lum layak ek. Hehe. So, aku pun dengan rasa ada sikit cuak tengok surat tu. Ooo, baru aku tau. Aku nye permohonan ujrah dah lulus. So pas ni aku kene bayar guna potongan gaji. Kira besar gak la kene potong. Dalam RM 227 gitu la. Tapi kalau aku tak buat cam gini nak buat macamana lagi. Kalu bayar tiap bulan tu kadang-kadang culas gak aku. At least ni kira usaha aku gak la nak melunaskan hutang-hutang aku yang banyak tuh....
Then pas balik umah tadi aku terus tipon PTPTN cos nak tau yang lebih clear lagi pasal mende alah ni. Diorang aka Customer Service pun bagitau aku yang sebenar-benarnya. Aku nye bayaran bulanan tu kira agak besar sebab dijangka aku abis bayar bulan 12.2015. Tak lama la jaraknya dari sekarang. Tu yang agak besar tu. Tapi tak pe la. Yang penting hutang aku terbayar gak. Setiap kali bukak we PTPTN tu, mesti akan ternampak hadis ni:
Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang maksudnya : “Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham”.
Haaa, takutnya aku. Ngeri nye aku. Semua ada. Harap-harap sempat la terbayar abis hutang-hutang ni... Amin, ko dah pandai pinjam, mesti le pandai bayar k...
Labels: Macam-macam
BELI BARANG...
Hai, lame nye aku tak ngepos kat sini. Last pun bulan lepas. Hehe. Ha, bab beli barang ni aku ingat nk cite pasal beli barang online. Bese nye aku beli kat Mudah. Yg bese aku beli barang2 tuk bowling aku le. (padahal main pn x la pndai ne). Hehe.
Labels: Macam-macam
AKU SELALU LUPA...
SALAM...

(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjHGf5zwl9SZd8h1KUb0zc00jehxIZAJ-Ogt4E0SN5Fi_pzSUywx-DBQmbKqRYwlJIj0FWxdpERmH6hUd27P1wCsLTJDVHVKLjPxY1-klkbULVFpgzlhZ6Gag49lEu32t7-vYB1pQ/s400/lupa.jpg)
Labels: Macam-macam
AKU PUN ADA STREAMYX GAK..HEHE..
SALAM..
ALHAMDULILLAH...
AKHIRNYA AKU PN DH ADA STREAMYX GAK KT UMAH NI...
LEH LE AKU UPDATE SLALU BLOG AKU NIH...
AKU NYE AKAUN BARU JE AKTIF PTG TD...
SO..
BYK LE YG AKU NK EXPLORE TIME NIH...
Labels: Macam-macam
KEJAP JE KAN...
PEH..
PEJAM CELIK PEJAM CELIK..
MGGU NI DH LAST DH..
MINGGU DPN DAH CUTI...
LEH KOT NK RELEASE PAPE YG MEMBERATKN PALE NI..
HEHE..
AHAD NI DH DE PLAN DH..
PE PLAN 2...
HAAA..
ADA LE...
PAS PLAN DH JD BARU LEH AKU BGTAU..
HEHE..
TP YG PENTING..
MMG BEST SESANGAT...
MMM..
DH NK CUTI NI..
HARAP2 KEJE2 YG ADA 2 LEH LE DIBERESKN...
Labels: Macam-macam













