PRE BIRTHDAY..

Assalam. Sebenarnya entri ni sepatutnya aku tulis sekali dengan entri ziarah baby Ahmad Aflah tu, tapi macam tak sesuai pulak. So aku buatlah entri yang berasingan.

Ceritanya 16 Ogos tuh birthday Ayem. So, masa kitorang dalam kereta on the way nak ke Muar tuh, dia ada lah call wife aku nak mintak kitorang belikan dulu KFC. Kira dia nak open table le. Kitorang pun ok aje lah. Dan 17 Ogos tu pulak birthday wife aku. So, kira nak 2 orang open table lah. Ingatkan sorang dah nk belanja KFC, wife aku nak belanja Pizza Hut pulak.

Lepas je kitorang keluar dari hospital tuh, kitorang pergilah makan dulu sebab kitorang belum makan tengah hari lagi. Aku pun makan ala-ala je. Diet kan. Haha. So lepas makan je, kitorang gerak lah cari masjid atau surau. Tak lama lepas tuh, Ayem cakap dia nak tukar Pizza pulak. Huh, nasib baik lah belum beli KFC lagi. Aku cakap aje lah kat wife aku. Takpe lah, beli je lebih. Kira kongsi 2 orang nak open table.

So lepas maghrib tuh, misi mencari Pizza pun bermula. Terpaksa lah guna encik Google Maps. Haha. dan terjumpalah Pizza Hut Delivery Jalan Bakri. Sebelum order tuh, kitorang cek lah kupon-kupon yang ada kat situ dan ternampaklah satu set yang 3 Pizza saiz regular. Tapi yang tu kena order online lah pulak. Bagi aku pulak, rasanya takde lah masalah rasanya kalau nak order online nih. Janji, ada fon, ada wifi/data, semua boleh buat. So orderla Pizza tu online. Dan hasilnya....ops, aku tak ada ambik gambar. Yang sempat aku snap gambar Sofiyya je. Haha. Tapi set macam ini lah yang kitorang order.



Set nilah yang kitorang beli.

Siap aje order, lepas berpusing-pusing cari Petronas sebab nak isi minyak dan nak mintak air panas, teruslah aku pecut balik BP. Sampai dalam pukul 10.15 jugaklah. Apa lagi, tamatlah sudah riwayat pizza tuh. Selamat masuk ke dalam perut tanpa tinggalkan sisa walau sebesar biji sawi. Haha.

HAPPY BIRTHDAY SAYANG & TENGKU AYEM. MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU..

Wassalam...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is Caring

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

INI BLOG AKU DAAA...

Menulis seadanya

Sekadar suka-suka

Agar aku tak terlupa

Kenangan yang telah tercipta