AL-FATIHAH UNTUK ADIK AHMAD AFLAH BIN ANUAR..

Assalam. Hari ni dapat berita yang menyedihkan. Ingat tak minggu lepas aku dengan wife aku pergi Hospital Pakar Sultanah Fatimah sebab nak melawat anak kepada member wife aku, Ahmad Aflah. Masa kitorang pergi melawat tu yang baby tu sedang ditidurkan oleh pihak hospital. Ingat kan.

Pagi tadi wife aku bagitahu yang adik Ahmad Aflah telah kembali menemui penciptanya kalau tak silap lebih kurang pukul 10.00 malam tadi. Memang sedih dengar berita tu. Kalau tak silap aku, adik ni sepatutnya berumur genap setahun 31 Ogos nih. Namun Allah lebih menyayanginya. Semoga rohnya tenang di sana, dapat berehat dan menjadi permata syurga kepada kedua ibu dan ayah. Al-Fatihah.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is Caring

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

INI BLOG AKU DAAA...

Menulis seadanya

Sekadar suka-suka

Agar aku tak terlupa

Kenangan yang telah tercipta