DAH LEWAT SANGAT KE? BELUM KOT..

Salam. Sebenarnya aku macam malas nak story pasal majlis-majlis yang berlangsung sepanjang Syawal tahun nih. Sebabnya kalau ikutkan macam banyak je nak cerita. Nanti kalau ada yang aku tak cerita macam tak best pulak. Haha. Tapi aku cuba jugaklah nak cerita apa yang berlaku tuh okay.

Memula, aku nak cerita pasal bulan Syawal tahun nih. Aku rasalah kan, sepanjang aku dah kerja nih, aku rasa tahun ni punya Syawal yang paling busy sekali. Nak tau sebab apa? Sebabnya setiap weekend mesti aku tak dapat nak lekat kat rumah.

Yang pertamanya, pasal marhaban sekolah aku. Tahun ni buat lagi marhaban. Kali ni pergi zon Tanjung Labuh, Linau dan Parit Sulong. Cuma masa zon Tanjung Labuh tu aku tak dapat ikut sebab demam. Yang lain alhamdulillah dapat ikut. So, setiap selepas Jumaat tahun nih, penuh dengan program marhaban sekolah.

Yang keduanya, setiap hari Sabtu mesti penuh dengan majlis kahwin dan tunang. Tahun ni belah wife aku pecah rekod sebab setiap Sabtu ada majlis. Yang pertama, majlis Poji ngan Syafiqah pada 1 Ogos 2015. Majlis tu buat dekat Dewan Jubli Intan Batu Pahat. Yang kelakarnya, aku tetiba kena baca doa untuk pengantin. Nasib baik lah sempat mintak Atuk Google cari doa tuh. Kalau tak, bantai ajelah doa apa-apa. Hihi.


Yang ketiganya, majlis perkahwinan antara Hafiz dan Zainab dekat Parit Raja. Pun buat pada hari Sabtu 8 Ogos 2015. Masa ni aku takde kena buat apa-apa. So rileks ajelah. Makan minum je kerjanya. Haha.


Yang keempatnya, Sabtu 15 Ogos 2015 semalam, majlis pertunangan Atiqah dan Nabil dekat Segamat. Disebabkan emak dan abah mertuaku tak dapat nak pergi, maka aku dan wife aku secara rasminya jadi wakil diorang. Tapi masa aku dan wife aku sampai kat sana, majlis dah habis pun. So makan ajelah kitorang. Haha. Mana boleh tahan, ikan patin masak tempoyak tuh. Haha.


Ha, itu aje yang aku nak cerita. Sebenarnya, memula kitorang nak gerak ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar lepas dari Segamat tuh. Nak ziarah anak kepada member wife yang tengah sakit. Tapi disebabkan aku rasa takut penat sesangat, tambah besok nye hari kerja, makanya aku pun tak jadilah ke Muar. Cadangnya esoknya selepas balik sekolah baru nak pergi. Mudah-mudahan semuanya selamat.

p/s: Gambar-gambar yang aku tepek kat sini semuanya ihsan FB insan yang terlibat dengan majlis tuh. Aku tak menyenap pulak gambar-gambar majlis diorang. Sori ek. Hihi. Wassalam.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is Caring

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

INI BLOG AKU DAAA...

Menulis seadanya

Sekadar suka-suka

Agar aku tak terlupa

Kenangan yang telah tercipta