PERCUTIAN TAK SENGAJA 3

Assalamualaikum semua. Ni kira entri last lah ye pasal percutian kitorang tuh. Fuh, penat menaip. Haha.

Okay, pas kitorang dah sampai ke The Kabin kat area Jeram, Kuala Selangor tuh, kitorang terus check in. Lebih kurang pukul 6 jugak lah kitorang sampai. Ingatkan sempat lah nak berendam kat pool tuh tapi dah tutup pulak. Jadi, esok aje lah kitorang berendam.

Kat sini, antara aktiviti yang kita boleh buat, mandi, jala-jalan kat panati tapi takleh mandi dan naik basikal. First time sebenarnya aku naik basikal yang 2 seat tuh. Ni sebenarnya entri hari kedua kitorang kat The Kabin tuh. Hmm.. Macam malas pulak nak tulis panjang-panjang. Layan gambar ajelah ek.

Kalau nak lagi lanjut, korang leh pergi ke web The Kabin.
















PERCUTIAN TAK SENGAJA 2

Assalamualaikum. Ni kira sambungan dari PERCUTIAN TAK SENGAJA 1. Lepas je kitorang dari Kellie's Castle tuh, kitorang berbelah bahagi. Sebenarnya, kalau ikutkan plan awal, kitorang nak tidur kat Felda Residence Trolak malam tuh. Siap dah tempah sebenarnya. Tapi disebabkan rasa macam banyak pulak masa yang terbuang (kalau nak patah balik ke Felda Residence tu ambil masa sejam jugak), terus my MIL call kawan dia yang duduk area Sitiawan (kalau tak silap), kitorang terus batalkan booking kat Felda Residence tuh dan bermalamlah kitorang kat rumah Haji Ramli.

Mesra orangnya. Malam tuh, habis semua dijamu dengan seafood. Fresh-fresh semua tuh. Pergh. Tapi disebabkan aku agak sedar diri orangnya, maka aku makanlah sekadarnya. Haha.

Yang aku agak kagum dengan Haji Ramli ni ialah, semua perabot, dapur dan sebagainya dia buat sendiri. Memang aku kagum sangat-sangat. Tapi rasanya macam tak snap pulak gambar-gambar kat dalam rumah tuh.

Dia cerita yang dia belajar buat tu semua di Australia masa ikut latihan Tentera Laut. Best berbual dengan Haji Ramli nih. Orangnya pun tak sombong. Memang respek aku dengan dia.





Haji Ramli ni yang bagitau kalau nak ke area Kuala Selangor, better ikut jalan luar aje. Sebab kalau ikut highway, rasanya lagi jauh. Jadi, kitorang pun ikutlah jalan dalam je. Boleh singgah-singgah. Tu yang kitorang singgah kat Teluk Intan. Singgahlah kat Menara Condong tuh. Kira impress la jugak sebab memang tak pernah sampai kat situ.





Lepas je ambil angin kat Menara Condong tuh, terus kitorang bergerak ke Kuala Selangor. Kat Teluk Intan tuh, kitorang cuma ambil gambar, makan tengahari dan solat. Oh ya, baru teringat. Sebelum kitorang ke Teluk Intan tuh, sempatlah kitorang singgah kat umah Fauzi kat IPD Perak Tengah.



Dah lepas solat tuh, terus kitorang gerak ke Kuala Selangor. Destinasi kitorang seterusnya ialah The Kabin. Meh aku belanja sikit gambar kat The Kabin.

PERCUTIAN TAK SENGAJA 1..

Assalamualaikum. Haha. Tajuk tak agak-agak. Macam leh buat filem pulak kan. Kalau tengok tajuk nih, mau David Teo cepat-cepat suruh aku tulis skrip. Haha.

Sebenarnya, 16 Disember 2015 lepas, aku dengan famili pergilah travel nih. Tapi, disebabkan dia punya plan adalah last minute, maka menjadilah Percutian Tak Sengaja. Tu yang aku letak kat tajuk tuh.

Kalau nak diikutkan, nak pergi Melaka atau PD je mulanya. Tapi sebab nak rasa jauh sikit, terpergilah area Perak sinun. So, tak mau cerita panjang, korang baca ajelah ok.

Kitorang gerak dari Batu Pahat dalam pukul 7.00 pagi 16 Disember tuh.Trip nih kitorang main terjah je. Sambil tu refer kepada Maps dalam fon. So, main agak ajelah.

Kitorang gerak sesama sampailah aku ngan wife keluar kat Rawang sebab nak ambik Cik Nge kat Komuter Rawang. Kereta satu lagi berhenti kat RnR Rawang. So kitorang jumpa balik kat RnR Rawang tuh.

Tempat pertama yang kitorang cadang nak pergi, Kellie's Castle. Masa kat RnR Rawang tuh, aku check kat Maps, adalah dalam 1 jam setengah lagi journey. Rasa macam dekat. Tapi aku bagi wife aku lak drive. Aku nak ZZZZzzzz. Haha.

Sekali tuh, punyalah jauh rupanya nak sampai tempat tuh. Huh, masing-masing tak sabar nak sampai. Rasa dah kematu punggung nih sebab tak sampai-sampai. Aku bagitau kereta satu lagi (Matrix), keluar kat Exit Gopeng. Sekali dah keluar tuh, tengok-tengok dah pukul 3 lebih dah. Terus cepat-cepat kitorang cari masjid.

Lepas dah siap solat tuh, berdesup pulak drive nak pergi Kellie's Castle tuh. Sekali dah sampai tuh, pergh, memang cantik tempat dia. Hilang kejap penat sebab drive. Kagum la jugak. Cuma agak scary. Ha, ni aku belanja gambar. Nak masuk kena bayar RM 5.00 1 kepala.










Ha, cukuplah dulu setakat nih. Nanti aku sambung lagi. Banyak nak cerita lagi nih. K, Bai... Assalamualaikum.

SANAH HELWA MY FIL @ CFU ANDA

Assalamualaikum. Wah, dah berabuk lagi blog aku nih. Harap-harap takde biawak yang anggrem kat blog nih. Haha.

Sebenarnya, hari nih my FIL celebrate birthday yang ke??? Oh, baru aku ingat. Sama dengan tahun kemerdekaan Malaysia. So, yang ke-58 kan.

Jadi nya, kitorang semua memula cadang nak buat makan-makan kat Ceria Maju Steamboat.  Malangnye, tutup pulak hari nih. So, kat sini lah kitorang semua. Ditambah pulak my FIL ada darah Itali sikit kot. Haha.

SANAH HELWA ABAH, CIKGU ANUAR BIN DAUD @ MY FIL @ CFU ANDA...




SOFIYYA DEMAM. TAPI ALHAMDULILLAH DAH OK.

Salam. Ha, tajuk agak panjang ye. Haha. Sebenarnya ni nak cerita pasal semalam punya cerita. Nak cerita yang anak dara aku yang sorang tu, Sofiyya demam semalam. Agak tinggi jugak lah suhunya. So, semalam tak hantar dia dekat taska. Hantar kat Tadika emak. Kebetulan pulak semalam ada sambutan hari lahir sorang murid emak tuh. Jadi mungkin senang sikit kot nak mintak emak jaga. Lagipun semalam wife aku cerita dia banyak tidur je.

Petang lepas amik dia semalam, dia macam lemah je. Kesian pulak aku tengok. So ingatkan lepas asar semalam nak bawak dia pergi klinik. Since Klinik England dah tutup, kitorang dah bawak dia pergi klinik lain. Ha, yang ni aku cerita nanti.

Tapi lepas balik dari solat asar semalam, dia dah tidur kepenatan. Aku ingat petang-petang sikit kot baru nak bawak. Sambil-sambil tu, lap-lap dia nak bagi turunkan sikit suhu badan tuh. Alhamdulillah, berkesan jugak.

Dah tuh, tengok-tengok dah dekat pukul 6 dah. Rasanya time mcm klinik biasanya tutup sekejap untuk rehat dan biasanya bukak balik pukul 8. Pas aku call klinik tuh, dia bagitau yang biasanya doktor akan rehat pukul 6, so aku decided pergi malam aje lah.

So, pas isyak tuh, lepas dah siap mandikan Sofiyya, geraklah kitorang bertiga ke Klinik Falah Medica. Oklah jugak klinik nih. Dr Mohamad Nizar bin Kandar doktor kat klinik tuh. Very nice person. Soft je bila bercakap. Ada lah buat lawak-lawak sikit dengan Sofiyya biar dia tak takut. Diumpan Sofiyya dengan gula-gula. Haha. Alhamdulillah, lepas doktor masukkan ubat lalu punggung tuh, panas dia agak turun. Dapatlah antibiotic sebab ubat yang hari tuh ada lagi dan masih boleh digunakan lagi. Dan alhamdulillah, masa aku check pagi tadi, dah 36 dah suhu dia. Alhamdulillah. Moga Sofiyya terus sihat. In Shaa Allah.

Wassalam.

Muka budak demam. Sila abaikan aksi orang di belakang ituh.

AL-FATIHAH UNTUK ADIK AHMAD AFLAH BIN ANUAR..

Assalam. Hari ni dapat berita yang menyedihkan. Ingat tak minggu lepas aku dengan wife aku pergi Hospital Pakar Sultanah Fatimah sebab nak melawat anak kepada member wife aku, Ahmad Aflah. Masa kitorang pergi melawat tu yang baby tu sedang ditidurkan oleh pihak hospital. Ingat kan.

Pagi tadi wife aku bagitahu yang adik Ahmad Aflah telah kembali menemui penciptanya kalau tak silap lebih kurang pukul 10.00 malam tadi. Memang sedih dengar berita tu. Kalau tak silap aku, adik ni sepatutnya berumur genap setahun 31 Ogos nih. Namun Allah lebih menyayanginya. Semoga rohnya tenang di sana, dapat berehat dan menjadi permata syurga kepada kedua ibu dan ayah. Al-Fatihah.


ALAMAK, SALAH RUMAH...

Salam. Haa, ni aku nak tanya sikit. Pernah tak korang tersalah hantar mesej sama ada kat Wasap ke, Telegram ke. Punya la panjang berjela kau taip kat wasap tu. dah tekan butang send, baru terperasan receiver nye bukan orang yang kau nak hantar. Atau kau nak hantar kat grup A, tapi tersalah hantar kat grup B. Mesti pernah kan. Haa, tengok. Dah merah padam muka korang. Aku nampak. Haha.

Biasa la kan. Kalau tersalah sent tu. Tapi, yang tak best nya kalau terhantar mesej yang bukan-bukan. Aku Alhamdulillah tak pernah lah lagi hantar yang bukan-bukan. Mohon dijauhkan. Yang aku pernah terbuat, nak hantar personally kat wife aku, tapi terhantar kat grup. Nasib baik grup famili je. Gila malu. Haha.

Kalau kau pernah terhantar yang bukan-bukan tuh, pandai-pandai kau la nak defend diri kau macaman. Tak dapat aku nak tolong. Haha. Wassalam.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxYL9Rzc6ErNDARuxQrMM5KX3tJh64WIm_bjH0DpWgmpiVPWe7A2OJ03ws70QYs_bshY3CJ8xLKzJcw9_9u4yYPBP54sXwTLC7udS0wNPfnpdM1qqlIJwq6ByHOvZaE9RrhEon/s1600/alamakSalahRumah.jpg

HAPPY BIRTHDAY SAYANG..

Assalam. Macam yang aku ceritakan dalam entri sebelum ni, birthday wife aku ialah pada 17 Ogos setiap tahun manakala Ayem aka adik ipar aku sehari sebelumny. Pun setiap tahun. Haha.

So, semalam kira dah selamat lah punya cerita. Ala, yang makan-makan Pizza tuh. Tu kira sambut birthday Ayem dan menumpang lah di pinggiran birthday wife aku. Ari ni aku nak cerita pasal aku celebrate birthday wife aku pulak.

Seingat aku, tahun 2013, aku ajak wife aka belanja makan kat satu kedai makan kat Parit Raja. Masa tu kan kitorang duduk menyewa kat sana lagi. Tu yang aku ingat lah. Harap-harap betul. Haha.

Tahun lepas (2014), sambut kat rumah saje. Haha. Aku belanja sate dengan kek. Tak tau lah gambar tu ada lagi atau tak kat fon aku. Hihi.

Ok, ni aku nak cerita tahun ni pulak. So, 17 Ogos malam tu, aku ajak la wife dengan anak aku pergi AEON Big. Ada la cari-cari barang sikit. Beli barang-barang dapur sikit. Hihi.

Lepas tu, barulah bermulanya plan aku iaitu nak membelanja wife aku makan sebab birthday dia tulah. Aku memang dah plan nak cari tempat makan western. Tapi, yang aku tau lah kan, tak banyak tempat kot restoran western kat BP nih. Atau aku yang tak tau sebenarnya. Sila abaikan ituh. Haha.

Jadi, aku plan nak pergi Restoran Leezo. Korang tau kat mana restoran nih? Ala, dia kat area belakang AEON Big tu jugak. Sederet dengan CIMB Bank tuh. Kalau tak tau, sila gunakan pakcik Waze atau Google anda. Tak ada Waze? Apa lah korang ni. Ada fon mahal-mahal kok tak ada Waze. Haha.

Okay lah, memang melalut banyak lah aku nih. Aku belanja gambar saja lah. Macam-macam makanan western ada. Tinggal pilih aje. Menu timur pun ada. Tak lah western semata.



Wah, berseri-seri wajah orang yang tengah sambut birthday. Haha.

Oh ya, sebelum aku terlupa, malam tu wife aku makan Chicken Chop + Coklat Ais. Aku pulak makan Chicken Chop 'n Fried Rice + Epal 'n Asam Boi. Sofiyya pulak makan french fries je. Haha. Harga kira ok lah, berbaloi dengan apa yang kitorang makan. Chicken Chop yang aku makan tu besar sangat. Ok. Wassalam.

"SANAH HELWA YA MAMASOFIYYA"

PRE BIRTHDAY..

Assalam. Sebenarnya entri ni sepatutnya aku tulis sekali dengan entri ziarah baby Ahmad Aflah tu, tapi macam tak sesuai pulak. So aku buatlah entri yang berasingan.

Ceritanya 16 Ogos tuh birthday Ayem. So, masa kitorang dalam kereta on the way nak ke Muar tuh, dia ada lah call wife aku nak mintak kitorang belikan dulu KFC. Kira dia nak open table le. Kitorang pun ok aje lah. Dan 17 Ogos tu pulak birthday wife aku. So, kira nak 2 orang open table lah. Ingatkan sorang dah nk belanja KFC, wife aku nak belanja Pizza Hut pulak.

Lepas je kitorang keluar dari hospital tuh, kitorang pergilah makan dulu sebab kitorang belum makan tengah hari lagi. Aku pun makan ala-ala je. Diet kan. Haha. So lepas makan je, kitorang gerak lah cari masjid atau surau. Tak lama lepas tuh, Ayem cakap dia nak tukar Pizza pulak. Huh, nasib baik lah belum beli KFC lagi. Aku cakap aje lah kat wife aku. Takpe lah, beli je lebih. Kira kongsi 2 orang nak open table.

So lepas maghrib tuh, misi mencari Pizza pun bermula. Terpaksa lah guna encik Google Maps. Haha. dan terjumpalah Pizza Hut Delivery Jalan Bakri. Sebelum order tuh, kitorang cek lah kupon-kupon yang ada kat situ dan ternampaklah satu set yang 3 Pizza saiz regular. Tapi yang tu kena order online lah pulak. Bagi aku pulak, rasanya takde lah masalah rasanya kalau nak order online nih. Janji, ada fon, ada wifi/data, semua boleh buat. So orderla Pizza tu online. Dan hasilnya....ops, aku tak ada ambik gambar. Yang sempat aku snap gambar Sofiyya je. Haha. Tapi set macam ini lah yang kitorang order.



Set nilah yang kitorang beli.

Siap aje order, lepas berpusing-pusing cari Petronas sebab nak isi minyak dan nak mintak air panas, teruslah aku pecut balik BP. Sampai dalam pukul 10.15 jugaklah. Apa lagi, tamatlah sudah riwayat pizza tuh. Selamat masuk ke dalam perut tanpa tinggalkan sisa walau sebesar biji sawi. Haha.

HAPPY BIRTHDAY SAYANG & TENGKU AYEM. MAY ALLAH BLESS ALL OF YOU..

Wassalam...

PERGI ZIARAH BABY..

Salam. Sebelum nih aku ada cerita kan yang kitorang nak pergi melawat baby Anuar kat Hospital Pakar Sultanah Fatimah kan. Kalau ikutkan lepas dari Segamat Sabtu hari tuh kitorang nak gerak terus ke Muar tapi macam tak larat je. So, tu yang semalam, Ahad baru kitorang cuba pergi ke melawat.

Kitorang gerak dalam pukul 4.00 gitu la. Sebab solat Asar pun sebelum sampai hospital lagi. Sebenarnya inilah kali pertama aku pergi HPSF nih. Punya lah old-skool hospital nih. Nak cari pun taklah susah mana.

Sampai je kat sana, terus wife aku call Anuar tanya kat mana baby dia warded. Lepas je tau wad tu kat mana, wife aku cadang nak tengok dulu sebab tak expect pun budak boleh naik. Ingatkan aku yang kena jaga Sofiyya kat bawah dulu. So aku layankan lah Sofiyya makan kacang.

Tak lama lepas tuh, wife aku call yang budak kecik boleh bawa naik. Ada ruang rehat kat situ. Aku pun naik aje lah kan. Oh, memang ada tempat rehat tu yang sesuai untuk sesiapa yang bawak budak kecik.


Masa kitorang kat sana tu lah baru tahu cerita sebenarnya yang baby Anuar tu, Ahmad Aflah dah ditidurkan oleh doktor. Sebab yang aku tahu baby tu dah dipasang bermacam-macam peralatan. Jadi untuk tak mengganggu salur-salur dan macam lagi benda yang ada, baby tu dah ditidurkan.

Kalau ikut ceritanya, baby ni cuma macam selsema je. Tapi mungkin ada infection lain yang sebabkan mengganggu pernafasan. Dan sampailah ke hari ni, baby ni ditidurkan. Semoga kau dapat berehat wahai Ahmad Aflah. Semoga Allah berikan yang terbaik untukmu.

Wassalam.

DAH LEWAT SANGAT KE? BELUM KOT..

Salam. Sebenarnya aku macam malas nak story pasal majlis-majlis yang berlangsung sepanjang Syawal tahun nih. Sebabnya kalau ikutkan macam banyak je nak cerita. Nanti kalau ada yang aku tak cerita macam tak best pulak. Haha. Tapi aku cuba jugaklah nak cerita apa yang berlaku tuh okay.

Memula, aku nak cerita pasal bulan Syawal tahun nih. Aku rasalah kan, sepanjang aku dah kerja nih, aku rasa tahun ni punya Syawal yang paling busy sekali. Nak tau sebab apa? Sebabnya setiap weekend mesti aku tak dapat nak lekat kat rumah.

Yang pertamanya, pasal marhaban sekolah aku. Tahun ni buat lagi marhaban. Kali ni pergi zon Tanjung Labuh, Linau dan Parit Sulong. Cuma masa zon Tanjung Labuh tu aku tak dapat ikut sebab demam. Yang lain alhamdulillah dapat ikut. So, setiap selepas Jumaat tahun nih, penuh dengan program marhaban sekolah.

Yang keduanya, setiap hari Sabtu mesti penuh dengan majlis kahwin dan tunang. Tahun ni belah wife aku pecah rekod sebab setiap Sabtu ada majlis. Yang pertama, majlis Poji ngan Syafiqah pada 1 Ogos 2015. Majlis tu buat dekat Dewan Jubli Intan Batu Pahat. Yang kelakarnya, aku tetiba kena baca doa untuk pengantin. Nasib baik lah sempat mintak Atuk Google cari doa tuh. Kalau tak, bantai ajelah doa apa-apa. Hihi.


Yang ketiganya, majlis perkahwinan antara Hafiz dan Zainab dekat Parit Raja. Pun buat pada hari Sabtu 8 Ogos 2015. Masa ni aku takde kena buat apa-apa. So rileks ajelah. Makan minum je kerjanya. Haha.


Yang keempatnya, Sabtu 15 Ogos 2015 semalam, majlis pertunangan Atiqah dan Nabil dekat Segamat. Disebabkan emak dan abah mertuaku tak dapat nak pergi, maka aku dan wife aku secara rasminya jadi wakil diorang. Tapi masa aku dan wife aku sampai kat sana, majlis dah habis pun. So makan ajelah kitorang. Haha. Mana boleh tahan, ikan patin masak tempoyak tuh. Haha.


Ha, itu aje yang aku nak cerita. Sebenarnya, memula kitorang nak gerak ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar lepas dari Segamat tuh. Nak ziarah anak kepada member wife yang tengah sakit. Tapi disebabkan aku rasa takut penat sesangat, tambah besok nye hari kerja, makanya aku pun tak jadilah ke Muar. Cadangnya esoknya selepas balik sekolah baru nak pergi. Mudah-mudahan semuanya selamat.

p/s: Gambar-gambar yang aku tepek kat sini semuanya ihsan FB insan yang terlibat dengan majlis tuh. Aku tak menyenap pulak gambar-gambar majlis diorang. Sori ek. Hihi. Wassalam.

I AM SORRY..

Assalam. Hai, apa dah jadi dengan aku nih. Hari tu bukan main berazam nak rajin tulis blog nih. Tapi last-last azam ke mana apa ke mana. Haha.

Sebenarnya sebab musabab aku terberhenti tulis blog aku nih sebab Streamyx ada masalah masa puasa tuh. Ye la kan, kalau kita tengah semangat nak buat sesuatu tuh, tetiba ada penghalang. Apa jadi? Mesti semangat pun hilang jugak kan. Haha. Ok, ni dah ada semangat semula nih. Harap-harap jangan lah ko lari wahai Encik Semangat. Tak larat woo aku nak kejar. Haha.

Wassalam.

http://www.gilerkentang.com/wp-content/uploads/2013/11/Tips-Tingkatkan-Motivasi-Dalam-Diri.jpg

HARI KE-17 PUASA PUNYE CITER

Salam. Hai, mood M nak mengupdate blog macam dah mula timbul dah. Tapi, aku mesti lawan. Lawan tetap lawan. Haha. Kalau tak, macaman aku nak dapatkan 100 entri sempena 10 years anniversary aku punye blog nih kan. Boleh gitu. Hehe.

Ha, untuk hari nih, macam tak banyak jer aktiviti aku belah pagi. Bese le kan. Pagi ni aku banyak abiskan masa aku ZZzzz. Haha. Tak baik kan. Tapi bukan lepas subuh ok aku tidur. Dah area pukul 8.00 aku tidur. Tertipu korang. Haha.

Aktiviti aku bermula lepas solat Zohor tadi sebenarnya (actually pukul 3.30 petang. Haha). Biasa la, wife aku ajak aku pergi shopping kat BP Mall. Sebenarnya dari semalam kitorang nak pergi tapi tak sempat-sempat nak pergi. So, baru ari nih kitorang ada kesempatan nak pergi. Sambil-sambil tuh nak hantar Yam aka Cik Bunge hantar baju kat tailor.

Dalam pukul 3.30 gitu lah kitorang gerak tadi tuh. Memula pergi Kedai Unisoft sebab nak ambik printer aku yang aku hantar servis hari Khamis ari tuh. Kena lah RM 70.00 sebab tukar katrij hitam. Tak tau la harga tuh mahal ke idok. Cuma cepat jugak lah siap sebab sebenarnya aku dah boleh ambik hari Khamis petang ari tuh lagi tapi sebab tak sempat, so baru hari nih dapat ambik.

Dah sudah tuh, pergi lah pulak ke Nagoya AEON Big. Cik Bunge yang nak mencari kainnya. Punye lah penuh parking kat AEON punye lot parking. So, terpaksalah aku parking kat tingkat atas sekali Square One. Nasib baik ada lift. Nasib Sofiyya tidur time nih. Melilau je lah aku ke sana sini sebab aku takde nak beli pape tadi tuh. So, round-round lah kat AEON tuh. Takde beli pape pun. Beli belah tingkap je tadi. Haha.

Lepas tuh, pergi la pulak ke rumah tailor tuh. Huh, memang rasa mengantuk sangat time tuh. Boleh aku tertidur dalam kereta masa diorang masuk rumah tailor tuh. Sedar-sedar pintu kena ketuk, wife aku nak masuk.

Sebelum mak aku ada call sebab nak datang rumah. Nak memunjung katanya. Tapi aku rasa memang tak sempat balik rasanya sebab lepas nih nak pergi BP Mall pulak. S, alang-alang emak nak munjung rumah Parit Salam sekali, aku mintak emak tinggalkan kat situ. Petang nanti baru aku ambik. So tak sempatlah nak jumpa emak.

Dah settle kat tailor, baru pergi BP Mall. Solat Asar pun kat situ, Entah wife aku kta nak cari tudung kat Juma. Sori, aku tak tau ejaan betulnya. Aku lak meround ngan Sofiyya kat Popular. Sempatlah sambar 3 buku kat situ. Ini dia.


Pas tu pergi Pacific lak. Ada nak cari barang sikit. Ni dia gambar aku snap sikit. Yang kelakarnya, wife aku takde beli pape pun kat Juma tuh sebab takde yang menarik katanya. Hum, sabor je lah.




Dah tuh tadi, keluar dari BP Mall pun dah 7.15 lebih dah. Berbuka pun dalam kereta. Sempatlah beli air tin sorang satu. Hah, gitu lah ceritanya hari nih. Aku terus balik rumah Parit Salam dulu sebab nak hantar Cik Bunge dulu. Dah sudah tuh, sebelum Isyak aku dah gerak balik ke rumah Peserai sebab dah 3-4 hari aku tak terawih kat masjid depan rumah aku nih. Malu weh. Haha. Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is Caring

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

INI BLOG AKU DAAA...

Menulis seadanya

Sekadar suka-suka

Agar aku tak terlupa

Kenangan yang telah tercipta