HARI KE-17 PUASA PUNYE CITER

Salam. Hai, mood M nak mengupdate blog macam dah mula timbul dah. Tapi, aku mesti lawan. Lawan tetap lawan. Haha. Kalau tak, macaman aku nak dapatkan 100 entri sempena 10 years anniversary aku punye blog nih kan. Boleh gitu. Hehe.

Ha, untuk hari nih, macam tak banyak jer aktiviti aku belah pagi. Bese le kan. Pagi ni aku banyak abiskan masa aku ZZzzz. Haha. Tak baik kan. Tapi bukan lepas subuh ok aku tidur. Dah area pukul 8.00 aku tidur. Tertipu korang. Haha.

Aktiviti aku bermula lepas solat Zohor tadi sebenarnya (actually pukul 3.30 petang. Haha). Biasa la, wife aku ajak aku pergi shopping kat BP Mall. Sebenarnya dari semalam kitorang nak pergi tapi tak sempat-sempat nak pergi. So, baru ari nih kitorang ada kesempatan nak pergi. Sambil-sambil tuh nak hantar Yam aka Cik Bunge hantar baju kat tailor.

Dalam pukul 3.30 gitu lah kitorang gerak tadi tuh. Memula pergi Kedai Unisoft sebab nak ambik printer aku yang aku hantar servis hari Khamis ari tuh. Kena lah RM 70.00 sebab tukar katrij hitam. Tak tau la harga tuh mahal ke idok. Cuma cepat jugak lah siap sebab sebenarnya aku dah boleh ambik hari Khamis petang ari tuh lagi tapi sebab tak sempat, so baru hari nih dapat ambik.

Dah sudah tuh, pergi lah pulak ke Nagoya AEON Big. Cik Bunge yang nak mencari kainnya. Punye lah penuh parking kat AEON punye lot parking. So, terpaksalah aku parking kat tingkat atas sekali Square One. Nasib baik ada lift. Nasib Sofiyya tidur time nih. Melilau je lah aku ke sana sini sebab aku takde nak beli pape tadi tuh. So, round-round lah kat AEON tuh. Takde beli pape pun. Beli belah tingkap je tadi. Haha.

Lepas tuh, pergi la pulak ke rumah tailor tuh. Huh, memang rasa mengantuk sangat time tuh. Boleh aku tertidur dalam kereta masa diorang masuk rumah tailor tuh. Sedar-sedar pintu kena ketuk, wife aku nak masuk.

Sebelum mak aku ada call sebab nak datang rumah. Nak memunjung katanya. Tapi aku rasa memang tak sempat balik rasanya sebab lepas nih nak pergi BP Mall pulak. S, alang-alang emak nak munjung rumah Parit Salam sekali, aku mintak emak tinggalkan kat situ. Petang nanti baru aku ambik. So tak sempatlah nak jumpa emak.

Dah settle kat tailor, baru pergi BP Mall. Solat Asar pun kat situ, Entah wife aku kta nak cari tudung kat Juma. Sori, aku tak tau ejaan betulnya. Aku lak meround ngan Sofiyya kat Popular. Sempatlah sambar 3 buku kat situ. Ini dia.


Pas tu pergi Pacific lak. Ada nak cari barang sikit. Ni dia gambar aku snap sikit. Yang kelakarnya, wife aku takde beli pape pun kat Juma tuh sebab takde yang menarik katanya. Hum, sabor je lah.




Dah tuh tadi, keluar dari BP Mall pun dah 7.15 lebih dah. Berbuka pun dalam kereta. Sempatlah beli air tin sorang satu. Hah, gitu lah ceritanya hari nih. Aku terus balik rumah Parit Salam dulu sebab nak hantar Cik Bunge dulu. Dah sudah tuh, sebelum Isyak aku dah gerak balik ke rumah Peserai sebab dah 3-4 hari aku tak terawih kat masjid depan rumah aku nih. Malu weh. Haha. Wassalam.

CERITA HARI INI - PUASA HARI KE-14

Salam. Kejap je rasa dah masuk 2 minggu kita puasa. Alhamdulillah, setakat hari ni, baru 2 kali aku jejakkan kaki ke Bazar Ramadan. Satu bazar kat Kampung Muhibbah, lagi satu kat Pesta. Huh, tahun ni rasa macam malas naw nak pergi bazar. Malas nak berhimit-himpit tu satu. Satu lagi sebab cuaca agak panas sekarang ni. Jadi agak malas nak keluar. Alhamdulillah, hikmahnya Allah berikan panas bulan puasa ni. Dapat kurangkan keinginan nak pergi bazar tuh.

Alhamdulillah jugak pagi ni hujan turun. Walaupun tak terlalu lebat, bertakung jugak lah air kat lopak-lopak. Rasa nyaman sungguh pagi ni. Syukur Ya Allah.

Kalau ikutkan, sebenarnya malam tadi kitorang balik rumah emak Parit Salam. Saja balik. Lepaskan rindu (rasanya baru dua lepas balik. Haha). Tu la, masa sampai sana tuh, aku macam dah mula mengantuk. Siap terlelap-lelap jugaklah masa baring-baring depan tv tuh. Lepas tuh, masuk bilik ingatkan nak baring-baring je. Tau-tau, dengan wife aku, dengan anak aku sekali hanyut. Tau-tau dah nak sahur baru sedar. Tu yang kitorang balik rumah sewa lepas sahur. Dalam kereta tu dah mula gerimis.

Dah sampai rumah baru lah hujan mula kasar. Siap dah plan kalau hujan ni tak berenti, memang kena berhantar jugak lah aku jadinya. Tapi Alhamdulillah, dalam 6.20 tu hujan dah mula reda. So, hari ni, Lagenda aku tetap kena menjalankan tugas. Haha.

Haa, korang tengok aje lah gambar masa hujan pagi tadi nih. Nih aku snap lepas hujan dah reda. Alhamdulillah. Wassalam.



 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is Caring

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

INI BLOG AKU DAAA...

Menulis seadanya

Sekadar suka-suka

Agar aku tak terlupa

Kenangan yang telah tercipta