CERITA HARI INI - PUASA HARI KE-14

Salam. Kejap je rasa dah masuk 2 minggu kita puasa. Alhamdulillah, setakat hari ni, baru 2 kali aku jejakkan kaki ke Bazar Ramadan. Satu bazar kat Kampung Muhibbah, lagi satu kat Pesta. Huh, tahun ni rasa macam malas naw nak pergi bazar. Malas nak berhimit-himpit tu satu. Satu lagi sebab cuaca agak panas sekarang ni. Jadi agak malas nak keluar. Alhamdulillah, hikmahnya Allah berikan panas bulan puasa ni. Dapat kurangkan keinginan nak pergi bazar tuh.

Alhamdulillah jugak pagi ni hujan turun. Walaupun tak terlalu lebat, bertakung jugak lah air kat lopak-lopak. Rasa nyaman sungguh pagi ni. Syukur Ya Allah.

Kalau ikutkan, sebenarnya malam tadi kitorang balik rumah emak Parit Salam. Saja balik. Lepaskan rindu (rasanya baru dua lepas balik. Haha). Tu la, masa sampai sana tuh, aku macam dah mula mengantuk. Siap terlelap-lelap jugaklah masa baring-baring depan tv tuh. Lepas tuh, masuk bilik ingatkan nak baring-baring je. Tau-tau, dengan wife aku, dengan anak aku sekali hanyut. Tau-tau dah nak sahur baru sedar. Tu yang kitorang balik rumah sewa lepas sahur. Dalam kereta tu dah mula gerimis.

Dah sampai rumah baru lah hujan mula kasar. Siap dah plan kalau hujan ni tak berenti, memang kena berhantar jugak lah aku jadinya. Tapi Alhamdulillah, dalam 6.20 tu hujan dah mula reda. So, hari ni, Lagenda aku tetap kena menjalankan tugas. Haha.

Haa, korang tengok aje lah gambar masa hujan pagi tadi nih. Nih aku snap lepas hujan dah reda. Alhamdulillah. Wassalam.



 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is Caring

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

INI BLOG AKU DAAA...

Menulis seadanya

Sekadar suka-suka

Agar aku tak terlupa

Kenangan yang telah tercipta