SOFIYYA DEMAM. TAPI ALHAMDULILLAH DAH OK.

Salam. Ha, tajuk agak panjang ye. Haha. Sebenarnya ni nak cerita pasal semalam punya cerita. Nak cerita yang anak dara aku yang sorang tu, Sofiyya demam semalam. Agak tinggi jugak lah suhunya. So, semalam tak hantar dia dekat taska. Hantar kat Tadika emak. Kebetulan pulak semalam ada sambutan hari lahir sorang murid emak tuh. Jadi mungkin senang sikit kot nak mintak emak jaga. Lagipun semalam wife aku cerita dia banyak tidur je.

Petang lepas amik dia semalam, dia macam lemah je. Kesian pulak aku tengok. So ingatkan lepas asar semalam nak bawak dia pergi klinik. Since Klinik England dah tutup, kitorang dah bawak dia pergi klinik lain. Ha, yang ni aku cerita nanti.

Tapi lepas balik dari solat asar semalam, dia dah tidur kepenatan. Aku ingat petang-petang sikit kot baru nak bawak. Sambil-sambil tu, lap-lap dia nak bagi turunkan sikit suhu badan tuh. Alhamdulillah, berkesan jugak.

Dah tuh, tengok-tengok dah dekat pukul 6 dah. Rasanya time mcm klinik biasanya tutup sekejap untuk rehat dan biasanya bukak balik pukul 8. Pas aku call klinik tuh, dia bagitau yang biasanya doktor akan rehat pukul 6, so aku decided pergi malam aje lah.

So, pas isyak tuh, lepas dah siap mandikan Sofiyya, geraklah kitorang bertiga ke Klinik Falah Medica. Oklah jugak klinik nih. Dr Mohamad Nizar bin Kandar doktor kat klinik tuh. Very nice person. Soft je bila bercakap. Ada lah buat lawak-lawak sikit dengan Sofiyya biar dia tak takut. Diumpan Sofiyya dengan gula-gula. Haha. Alhamdulillah, lepas doktor masukkan ubat lalu punggung tuh, panas dia agak turun. Dapatlah antibiotic sebab ubat yang hari tuh ada lagi dan masih boleh digunakan lagi. Dan alhamdulillah, masa aku check pagi tadi, dah 36 dah suhu dia. Alhamdulillah. Moga Sofiyya terus sihat. In Shaa Allah.

Wassalam.

Muka budak demam. Sila abaikan aksi orang di belakang ituh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is Caring

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

INI BLOG AKU DAAA...

Menulis seadanya

Sekadar suka-suka

Agar aku tak terlupa

Kenangan yang telah tercipta