PETUA LEGAKAN HIDUNG TERSUMBAT


Salam. Bertemu lagi kita di dalam segmen petua orang-orang lama. Hehe.

Hari ni saya nak post entri berkenaan dengan cara nak legakan hidung yang tersumbat ketika selsema. Cara ni saya dah lama amalkan sejak saya kecil lagi. Sebenarnya, saya dapat petua ni pun dari emak saya. Dia yang buat kat saya kalau saya selsema masa saya kecil dulu.

Biasalah kan, selsema ni memang akan buat kita tak selesa. Kalau kita yang dewasa ni pun rasa tak selesa, apalagi kalau anak-anak kita yang kena selsema. Jadi, ada petua yang kita semua boleh buat kalau kena selsema.
  1. Ambil sedikit garam (tak kiralah sama ada garam kasar atau halus).
  2. Campur dengan sedikit air.
  3. Kacau-kacau sampai garam tu hancur.
  4. Sapukan di luar hidung sambil selawat.
In sha Allah, hidung kita akan rasa lega selepas itu.

p/s: Awas ya. Selepas air garam yang kita sapu di hidung tu kering, hidung kita akan dilekati garam-garam yang kering. Tapi tiada kesan apa-apa pun. Boleh dihilangkan dengan dicuci. Lagi satu, jangan lupa jumpa doktor.

HANTAR SOFIYYA KE ENGLAND..


Salam. Haa? Sofiyya pergi England? Pergi dengan mama dan babanya ke? Eee. Bestnya.
Hai. Tak perlulah korang melopong besar sangat. Dah, tutup mulut korang tu. Sebenarnya, saya bawa Sofiyya pergi ke Klinik England di Batu Pahat ni. Klinik ni memang klinik pakar kanak-kanak.  Mak mertua dan bapa mertua saya yang mencadangkan klinik ni sebab masa adik ipar saya yang bongsu masih baby lagi, klinik nil ah yang dicari. Sekarang, turn saya pula yang bawa anak ke klinik ni.

Kenapa dengan Sofiyya? Sebenarnya, 2-3 hari ni Sofiyya selsema, kalau malam-malam tu, asyik menangis je sebab hidung dia tersumbat. Adalah saya amalkan petua yang emak saya pernah buat dekat saya masa saya kecil dulu. Apa yang saya lakukan ialah saya sapukan luar hidung Sofiyya dengan air garam. Alhamdulillah, untuk sementara, hidung yang tersumbat akan pulih macam biasa. Tapi untuk sementara sajalah ya.
Jadi, pada Selasa (20 Ogos 2013), saya bawa ke Klinik England ni. Doktor di klinik ni masih lagi doktor yang sama iaitu Dr Lam Pan Nam. Alhamdulillah, dia seorang doktor yang cukup baik. Bercakap pun lemah lembut. Memang dia seorang doktor yang pakar dalam bidang perubatan kanak-kanak. Rasanya, kanak-kanak yang takut jumpa doktor pun mesti boleh ketawa dengan doktor ni. Itulah yang terjadi dekat Sofiyya. Asyik tergelak je bila doktor tu ajak Sofiyya bercakap-cakap.
Doktor Lam ni memang cukup teliti kalau periksa patient dia. Ya lah kan. Kanak-kanak, mestilah teliti. Lain dari nak periksa orang dewasa. Semua maklumat Sofiyya diambil. Selepas dah periksa semua dan maklumat Sofiyya diambil, adalah dia bagi nasihat sikit. Ya lah, Sofiyya kan anak yang cukup istimewa bagi kami. Jadi adalah panduan yang Doktor Lam beri dekat kami.
Semua sekali, consultation + ubat = RM 56.00. Bagi saya, berpatutan lah juga sebab yang kami jumpa ni pun doktor pakar. Lepas ni, mama Sofiyya kenalah kurangka makan ais. Baba dia tak apa. Hehe.
 


Rugi pulak tak ambil gambar masa Dr Lam tengah periksa Sofiyya.

HAPPY BIRTHDAY SAYANG

Happ Birthday yang ke-29 Sayang. Semoga sentiasa dalam kerahmatan Allah S. W. T., diperluaskan rezeki, dikurniakan rezeki yang hala, dipermudahkan segala urusan dan berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.


HANTAR ALIYA SOFIYYA KE KLINIK



Salam. Hari ni hari Sofiyya kena pergi ke Kinik Desa. Jangan terkejut ye. Sofiyya Alhamdulillah sihat. Ini rawatan biasa untuk bayi. Tadi Sofiyya dapat satu lagi injection. Kasihan jugak tengok anak dara saya yang seorang ni melalak sebab dapat satu suntikan BCG. Tapi sekejap je sebab mama dia pandai pujuk. Tak macam baba dia. He he. Alhamdulillah, berat dia pun dah semakin naik. Tadi masa nurse tu timbang, berat dia sekarang 5.1 kg. Alhamdulillah. Semoga anak kami ini menjadi seorang yang sihat, solehah, berjaya dan cemerlang di dunia dan di akhirat. Amin.

p/s: tadi tak sempat snap gambar masa Sofiyya kena timbang.

SALAM AIDILIFITRI



Assalamualaikum. Di kesempatan ini, saya, isteri dan anak saya mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada pembaca-pembaca blog saya (macam top je kan blog saya ni. He he). Semoga Aidilfitri ini membawa seribu kerahmatan dan kebahagiaan kepada kita semua. Amin.


ALIYA SOFIYYA DAH 4 BULAN



Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah SWT. Permata hati saya dan isteri, Aliya Sofiyya sudah pun berusia 4 bulan (1 Ogos 2013). Semakin hari, semakin berisi tubuh badannya. Semakin bijak anak dara saya ni. Mudah tersenyum, tergelak jika diagah. Alhamdulillah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is Caring

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

INI BLOG AKU DAAA...

Menulis seadanya

Sekadar suka-suka

Agar aku tak terlupa

Kenangan yang telah tercipta