Salam. Bertemu lagi kita di dalam
segmen petua orang-orang lama. Hehe.
Hari ni saya nak post entri
berkenaan dengan cara nak legakan hidung yang tersumbat ketika selsema. Cara ni
saya dah lama amalkan sejak saya kecil lagi. Sebenarnya, saya dapat petua ni
pun dari emak saya. Dia yang buat kat saya kalau saya selsema masa saya kecil
dulu.
Biasalah kan, selsema ni memang akan
buat kita tak selesa. Kalau kita yang dewasa ni pun rasa tak selesa, apalagi
kalau anak-anak kita yang kena selsema. Jadi, ada petua yang kita semua boleh
buat kalau kena selsema.
- Ambil sedikit garam (tak kiralah sama ada garam kasar atau halus).
- Campur dengan sedikit air.
- Kacau-kacau sampai garam tu hancur.
- Sapukan di luar hidung sambil selawat.
In sha Allah, hidung kita akan rasa
lega selepas itu.
p/s: Awas ya. Selepas air garam yang
kita sapu di hidung tu kering, hidung kita akan dilekati garam-garam yang
kering. Tapi tiada kesan apa-apa pun. Boleh dihilangkan dengan dicuci. Lagi
satu, jangan lupa jumpa doktor.