Salam. Haa? Sofiyya pergi England? Pergi dengan mama dan
babanya ke? Eee. Bestnya.
Hai. Tak perlulah korang melopong besar sangat. Dah, tutup
mulut korang tu. Sebenarnya, saya bawa Sofiyya pergi ke Klinik England di Batu
Pahat ni. Klinik ni memang klinik pakar kanak-kanak. Mak mertua dan bapa mertua saya yang
mencadangkan klinik ni sebab masa adik ipar saya yang bongsu masih baby lagi,
klinik nil ah yang dicari. Sekarang, turn saya pula yang bawa anak ke klinik
ni.
Kenapa dengan Sofiyya? Sebenarnya, 2-3 hari ni Sofiyya
selsema, kalau malam-malam tu, asyik menangis je sebab hidung dia tersumbat. Adalah
saya amalkan petua yang emak saya pernah buat dekat saya masa saya kecil dulu. Apa
yang saya lakukan ialah saya sapukan luar hidung Sofiyya dengan air garam.
Alhamdulillah, untuk sementara, hidung yang tersumbat akan pulih macam biasa. Tapi
untuk sementara sajalah ya.
Jadi, pada Selasa (20 Ogos 2013), saya bawa ke Klinik
England ni. Doktor di klinik ni masih lagi doktor yang sama iaitu Dr Lam Pan
Nam. Alhamdulillah, dia seorang doktor yang cukup baik. Bercakap pun lemah
lembut. Memang dia seorang doktor yang pakar dalam bidang perubatan
kanak-kanak. Rasanya, kanak-kanak yang takut jumpa doktor pun mesti boleh
ketawa dengan doktor ni. Itulah yang terjadi dekat Sofiyya. Asyik tergelak je
bila doktor tu ajak Sofiyya bercakap-cakap.
Doktor Lam ni memang cukup teliti kalau periksa patient
dia. Ya lah kan. Kanak-kanak, mestilah teliti. Lain dari nak periksa
orang dewasa. Semua maklumat Sofiyya diambil. Selepas dah periksa semua dan
maklumat Sofiyya diambil, adalah dia bagi nasihat sikit. Ya lah, Sofiyya kan
anak yang cukup istimewa bagi kami. Jadi adalah panduan yang Doktor Lam beri
dekat kami.
1 comments:
baba die pn tk blh minum air ais je...bnyk minum air suam lg bagus...
Post a Comment