HANTAR SOFIYYA KE ENGLAND..


Salam. Haa? Sofiyya pergi England? Pergi dengan mama dan babanya ke? Eee. Bestnya.
Hai. Tak perlulah korang melopong besar sangat. Dah, tutup mulut korang tu. Sebenarnya, saya bawa Sofiyya pergi ke Klinik England di Batu Pahat ni. Klinik ni memang klinik pakar kanak-kanak.  Mak mertua dan bapa mertua saya yang mencadangkan klinik ni sebab masa adik ipar saya yang bongsu masih baby lagi, klinik nil ah yang dicari. Sekarang, turn saya pula yang bawa anak ke klinik ni.

Kenapa dengan Sofiyya? Sebenarnya, 2-3 hari ni Sofiyya selsema, kalau malam-malam tu, asyik menangis je sebab hidung dia tersumbat. Adalah saya amalkan petua yang emak saya pernah buat dekat saya masa saya kecil dulu. Apa yang saya lakukan ialah saya sapukan luar hidung Sofiyya dengan air garam. Alhamdulillah, untuk sementara, hidung yang tersumbat akan pulih macam biasa. Tapi untuk sementara sajalah ya.
Jadi, pada Selasa (20 Ogos 2013), saya bawa ke Klinik England ni. Doktor di klinik ni masih lagi doktor yang sama iaitu Dr Lam Pan Nam. Alhamdulillah, dia seorang doktor yang cukup baik. Bercakap pun lemah lembut. Memang dia seorang doktor yang pakar dalam bidang perubatan kanak-kanak. Rasanya, kanak-kanak yang takut jumpa doktor pun mesti boleh ketawa dengan doktor ni. Itulah yang terjadi dekat Sofiyya. Asyik tergelak je bila doktor tu ajak Sofiyya bercakap-cakap.
Doktor Lam ni memang cukup teliti kalau periksa patient dia. Ya lah kan. Kanak-kanak, mestilah teliti. Lain dari nak periksa orang dewasa. Semua maklumat Sofiyya diambil. Selepas dah periksa semua dan maklumat Sofiyya diambil, adalah dia bagi nasihat sikit. Ya lah, Sofiyya kan anak yang cukup istimewa bagi kami. Jadi adalah panduan yang Doktor Lam beri dekat kami.
Semua sekali, consultation + ubat = RM 56.00. Bagi saya, berpatutan lah juga sebab yang kami jumpa ni pun doktor pakar. Lepas ni, mama Sofiyya kenalah kurangka makan ais. Baba dia tak apa. Hehe.
 


Rugi pulak tak ambil gambar masa Dr Lam tengah periksa Sofiyya.

1 comments:

Anonymous 1:23 AM  

baba die pn tk blh minum air ais je...bnyk minum air suam lg bagus...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sharing is Caring

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

I'M A MAN WHO WILL.... :-)

INI BLOG AKU DAAA...

Menulis seadanya

Sekadar suka-suka

Agar aku tak terlupa

Kenangan yang telah tercipta