37 tahun yang
lalu, aku dilahirkan di sebuah kampung yang aman permai dan tenang. Sebuah
perkampungan 100 peratus Melayu dan hampir kesemuanya berketurunan Jawa. Ya,
Jawa. Kenapa? Jawa pun okey kan. Haha.
Hampir semua
penduduknya beraktivitikan kebun atau ladang. Ladang getah semestinya, pisang
juga kelapa. Seingat aku, selepas aku dah mula bersekolah baru ada penduduknya
yang menanam pokok kelapa sawit, menggantikan getah sebagai tanaman utamanya.
Aku tak berapa nak
ingat sejak bila aku boleh bertutur dalam Bahasa Jawa. Seingat aku, semasa aku
kecil, bahasa pertuturan antara aku dan kawan-kawanku hampir semuanya dalam
Bahasa Jawa yang aku sayang sangat ni. Haha.
Kalau tak silap
aku, hanya ada seorang dua kawan-kawanku yang tak bertutur sepenuhnya dalam
Bahasa Jawa. Yang lain, bahasa nan satu inilah yang menjadi bahasa rasmi di
kampungku ini. Setakat nak tanya apa khabar, dah makan ke belum, nak pergi ke
mana tu, kacang sangatlah. Tu dah memang asas sangat dalam Bahasa Jawa. Sebelum
tu, aku nak bagi sikit amaran di mana dalam bab ni, aku akan tuliskan
perbualan-perbualan yang menggunakan bahasa rasmi kampungku ini. Tapi jangan
pula rasa risau takut tak faham. Aku akan sertakan sekali terjemahan. Risau
pulak kalau orang ingatkan aku cakap benda yang bukan-bukan. Bak kata
kawan-kawan aku yang bukan berketurunan Jawa masa di universiti dulu. Boleh
mereka kata aku ni mencarut bila aku berbual dengan kawan-kawanku yang
berbahasa Jawa. Bikin panas la korang. Haha.
Ada pelik juga
sebenarnya. Pelik sebab aku hanya boleh berbahasa Jawa dengan Atuk yang aku
panggil Embah Lanang, Nenek iaitu Embah Wedok, pakcik makcik aku yang lain,
tapi bukan dengan Emak dan Abah. Dengan Emak dan Abah, entah macamana automatik
aku akan cakap Melayu dengan mereka. Tak boleh nak ubah sampai sekarang sebab
walaupun Emak dan Abah bercakap dengan aku guna Bahasa Jawa, aku tetap akan
balas guna Bahasa Melayu. Tak tahulah kenapa. Macam perbualan seharian antara
aku dengan Emak.
“Mak, jom makan,”
aku ajak Emak aku makan.
“Engko disek
to. Sego nei urong tanek,” (Nanti kejap ye. Nasinya belum masak lagi). emak
aku jawab.
Apa yang aku paling tak lupa satu peristiwa yang aku anggap
melucukan semasa aku di tadika lagi. Masa tu tadika yang ada paling hampir
dengan rumah aku Tadika Kemas. Itupun berjarak lebih kurang 3 kilometer dari
rumah aku. Terletak bersebelahan dengan SK Seri Maimon.
Aku ingat lagi cikgu-cikgu tadikaku. Cikgu Fauziah dan pembantunya
Cikgu Intan. Macam biasalah, cikgu pun kadangkala garang juga sebab iyalah,
melayan kami murid-murid yang baru berumur 6 tahun ni.
Hari pertama aku jejakkan kaki ke Tadika Kemas ni. Memang rasa
asing sangat sebab aku tak pernah pun pergi ke mana-mana sekolah untuk buat
lawatan sambil belajar. Haha. Jadi aku rasa asing sangat tempat ni. Cuma nasib
baik ada seorang kawan aku yang memang berjirang dengan aku di kampung. Ijan
namanya.
Disebabkan kalau di rumah, aku dan kawan-kawanku termasuk Ijan ni
menggunakan Bahasa Jawa bila berbual, maka terjadilah perbualan dalam bahasa
tersebut di sekolah. Haha. Boleh bayang tak, budak umur 6 tahun berbual dalam
bahasa Jawa. Kalau sekarang ni aku teringat balik, sampai tersengih aku sebab
teringat peristiwa itu.
Aku tak ingat sama ada ada budak mengadu ataupun cikgu tu ada
terdengar kami berbual dalam bahasa Jawa tu tapi yang penting kami telah
ditegur agar tak menggunakan bahasa Jawa di sekolah. Nasib baik Cikgu Intan tu
tegur dengan lembut. Taklah memalukan kami. Haha.
0 comments:
Post a Comment