AL-FATIHAH UNTUK ADIK AHMAD AFLAH BIN ANUAR..
Labels: Famili
ALAMAK, SALAH RUMAH...
Labels: Famili , Macam-macam
HAPPY BIRTHDAY SAYANG..
Assalam. Macam yang aku ceritakan dalam entri sebelum ni, birthday wife aku ialah pada 17 Ogos setiap tahun manakala Ayem aka adik ipar aku sehari sebelumny. Pun setiap tahun. Haha.
So, semalam kira dah selamat lah punya cerita. Ala, yang makan-makan Pizza tuh. Tu kira sambut birthday Ayem dan menumpang lah di pinggiran birthday wife aku. Ari ni aku nak cerita pasal aku celebrate birthday wife aku pulak.
Seingat aku, tahun 2013, aku ajak wife aka belanja makan kat satu kedai makan kat Parit Raja. Masa tu kan kitorang duduk menyewa kat sana lagi. Tu yang aku ingat lah. Harap-harap betul. Haha.
Tahun lepas (2014), sambut kat rumah saje. Haha. Aku belanja sate dengan kek. Tak tau lah gambar tu ada lagi atau tak kat fon aku. Hihi.
Ok, ni aku nak cerita tahun ni pulak. So, 17 Ogos malam tu, aku ajak la wife dengan anak aku pergi AEON Big. Ada la cari-cari barang sikit. Beli barang-barang dapur sikit. Hihi.
Lepas tu, barulah bermulanya plan aku iaitu nak membelanja wife aku makan sebab birthday dia tulah. Aku memang dah plan nak cari tempat makan western. Tapi, yang aku tau lah kan, tak banyak tempat kot restoran western kat BP nih. Atau aku yang tak tau sebenarnya. Sila abaikan ituh. Haha.
Jadi, aku plan nak pergi Restoran Leezo. Korang tau kat mana restoran nih? Ala, dia kat area belakang AEON Big tu jugak. Sederet dengan CIMB Bank tuh. Kalau tak tau, sila gunakan pakcik Waze atau Google anda. Tak ada Waze? Apa lah korang ni. Ada fon mahal-mahal kok tak ada Waze. Haha.
Okay lah, memang melalut banyak lah aku nih. Aku belanja gambar saja lah. Macam-macam makanan western ada. Tinggal pilih aje. Menu timur pun ada. Tak lah western semata.
Wah, berseri-seri wajah orang yang tengah sambut birthday. Haha. |
Oh ya, sebelum aku terlupa, malam tu wife aku makan Chicken Chop + Coklat Ais. Aku pulak makan Chicken Chop 'n Fried Rice + Epal 'n Asam Boi. Sofiyya pulak makan french fries je. Haha. Harga kira ok lah, berbaloi dengan apa yang kitorang makan. Chicken Chop yang aku makan tu besar sangat. Ok. Wassalam.
Labels: Famili
PRE BIRTHDAY..
Assalam. Sebenarnya entri ni sepatutnya aku tulis sekali dengan entri ziarah baby Ahmad Aflah tu, tapi macam tak sesuai pulak. So aku buatlah entri yang berasingan.
Ceritanya 16 Ogos tuh birthday Ayem. So, masa kitorang dalam kereta on the way nak ke Muar tuh, dia ada lah call wife aku nak mintak kitorang belikan dulu KFC. Kira dia nak open table le. Kitorang pun ok aje lah. Dan 17 Ogos tu pulak birthday wife aku. So, kira nak 2 orang open table lah. Ingatkan sorang dah nk belanja KFC, wife aku nak belanja Pizza Hut pulak.
Lepas je kitorang keluar dari hospital tuh, kitorang pergilah makan dulu sebab kitorang belum makan tengah hari lagi. Aku pun makan ala-ala je. Diet kan. Haha. So lepas makan je, kitorang gerak lah cari masjid atau surau. Tak lama lepas tuh, Ayem cakap dia nak tukar Pizza pulak. Huh, nasib baik lah belum beli KFC lagi. Aku cakap aje lah kat wife aku. Takpe lah, beli je lebih. Kira kongsi 2 orang nak open table.
So lepas maghrib tuh, misi mencari Pizza pun bermula. Terpaksa lah guna encik Google Maps. Haha. dan terjumpalah Pizza Hut Delivery Jalan Bakri. Sebelum order tuh, kitorang cek lah kupon-kupon yang ada kat situ dan ternampaklah satu set yang 3 Pizza saiz regular. Tapi yang tu kena order online lah pulak. Bagi aku pulak, rasanya takde lah masalah rasanya kalau nak order online nih. Janji, ada fon, ada wifi/data, semua boleh buat. So orderla Pizza tu online. Dan hasilnya....ops, aku tak ada ambik gambar. Yang sempat aku snap gambar Sofiyya je. Haha. Tapi set macam ini lah yang kitorang order.
Set nilah yang kitorang beli. |
Siap aje order, lepas berpusing-pusing cari Petronas sebab nak isi minyak dan nak mintak air panas, teruslah aku pecut balik BP. Sampai dalam pukul 10.15 jugaklah. Apa lagi, tamatlah sudah riwayat pizza tuh. Selamat masuk ke dalam perut tanpa tinggalkan sisa walau sebesar biji sawi. Haha.
Labels: Famili , Macam-macam
PERGI ZIARAH BABY..
Labels: Famili
DAH LEWAT SANGAT KE? BELUM KOT..
Salam. Sebenarnya aku macam malas nak story pasal majlis-majlis yang berlangsung sepanjang Syawal tahun nih. Sebabnya kalau ikutkan macam banyak je nak cerita. Nanti kalau ada yang aku tak cerita macam tak best pulak. Haha. Tapi aku cuba jugaklah nak cerita apa yang berlaku tuh okay.
Memula, aku nak cerita pasal bulan Syawal tahun nih. Aku rasalah kan, sepanjang aku dah kerja nih, aku rasa tahun ni punya Syawal yang paling busy sekali. Nak tau sebab apa? Sebabnya setiap weekend mesti aku tak dapat nak lekat kat rumah.
Yang pertamanya, pasal marhaban sekolah aku. Tahun ni buat lagi marhaban. Kali ni pergi zon Tanjung Labuh, Linau dan Parit Sulong. Cuma masa zon Tanjung Labuh tu aku tak dapat ikut sebab demam. Yang lain alhamdulillah dapat ikut. So, setiap selepas Jumaat tahun nih, penuh dengan program marhaban sekolah.
Yang keduanya, setiap hari Sabtu mesti penuh dengan majlis kahwin dan tunang. Tahun ni belah wife aku pecah rekod sebab setiap Sabtu ada majlis. Yang pertama, majlis Poji ngan Syafiqah pada 1 Ogos 2015. Majlis tu buat dekat Dewan Jubli Intan Batu Pahat. Yang kelakarnya, aku tetiba kena baca doa untuk pengantin. Nasib baik lah sempat mintak Atuk Google cari doa tuh. Kalau tak, bantai ajelah doa apa-apa. Hihi.
Yang ketiganya, majlis perkahwinan antara Hafiz dan Zainab dekat Parit Raja. Pun buat pada hari Sabtu 8 Ogos 2015. Masa ni aku takde kena buat apa-apa. So rileks ajelah. Makan minum je kerjanya. Haha.
Yang keempatnya, Sabtu 15 Ogos 2015 semalam, majlis pertunangan Atiqah dan Nabil dekat Segamat. Disebabkan emak dan abah mertuaku tak dapat nak pergi, maka aku dan wife aku secara rasminya jadi wakil diorang. Tapi masa aku dan wife aku sampai kat sana, majlis dah habis pun. So makan ajelah kitorang. Haha. Mana boleh tahan, ikan patin masak tempoyak tuh. Haha.
Ha, itu aje yang aku nak cerita. Sebenarnya, memula kitorang nak gerak ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar lepas dari Segamat tuh. Nak ziarah anak kepada member wife yang tengah sakit. Tapi disebabkan aku rasa takut penat sesangat, tambah besok nye hari kerja, makanya aku pun tak jadilah ke Muar. Cadangnya esoknya selepas balik sekolah baru nak pergi. Mudah-mudahan semuanya selamat.
p/s: Gambar-gambar yang aku tepek kat sini semuanya ihsan FB insan yang terlibat dengan majlis tuh. Aku tak menyenap pulak gambar-gambar majlis diorang. Sori ek. Hihi. Wassalam.
Labels: Famili , Macam-macam
I AM SORRY..
Assalam. Hai, apa dah jadi dengan aku nih. Hari tu bukan main berazam nak rajin tulis blog nih. Tapi last-last azam ke mana apa ke mana. Haha.
Sebenarnya sebab musabab aku terberhenti tulis blog aku nih sebab Streamyx ada masalah masa puasa tuh. Ye la kan, kalau kita tengah semangat nak buat sesuatu tuh, tetiba ada penghalang. Apa jadi? Mesti semangat pun hilang jugak kan. Haha. Ok, ni dah ada semangat semula nih. Harap-harap jangan lah ko lari wahai Encik Semangat. Tak larat woo aku nak kejar. Haha.
Wassalam.
http://www.gilerkentang.com/wp-content/uploads/2013/11/Tips-Tingkatkan-Motivasi-Dalam-Diri.jpg |
Labels: Macam-macam